Friday, December 22, 2006

Dalam Kenangan

sedih memang sedih.. tapi ntah kenapa aku sanggup memelepaskannya.. walaupun dalam hati aku amat berat sekali untuk melepaskannya..
aku tertanya-tanya pada hati.. apakah benar perbuatan aku ini.. ternyata hati aku sering menyalahkan aku..
aku telah kehilangan dia..
patutkah aku melepaskannya.. hampir 6 tahun lebih kami bersama..

aku abadikan kenangan bersamamu semasa kita suka dan duka bersama... (archive July)





kenangan bersamamu terlalu indah....

Tuesday, December 19, 2006

bonus oh bonus...

semalam kami kakitangan awam mendapat bonus kali yang kedua..
bonus yang pertama dah abis dan tak nampak lagi.. hilang dek raya yang penuh dengan hawa nafsu..
bonus kali ni.. pun nampak gayanya akan hilang juga.. mana tak nya.. belum dapat bonus.. roadtax keta pulak mampus.. roadax + insuran pun dah cecah hampir seribu.. so berapa duit bonus yang tinggal.. nampak gaya bonus ni pun tak nampak jugak lah..
ingatkan nak buat owning rumah.. nampaknya tak dapat lah..

kat paper harian metro semalam (ruangan bisnes18 dis 2006) cerita dia macam gini..

Unjur pulangan RM10j setahun

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

INTEGRATED Vest (M) Sdn Bhd (Integrated Vest), syarikat Bumiputera yang memenangi Anugerah Kontraktor Cemerlang Jabatan Kerja Raya (JKR) 2006 yakin mencatatkan pulangan sekurang-kurangnya RM10 juta setahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Zulkiernien Hashim, berkata sasaran itu dijangka dicapai melalui beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan dan bakal siap menjelang pertengahan 2007 serta menerusi tender yang bakal dibida di seluruh negara.

Antara projek sedang dilaksanakan bangunan pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang yang dijangka siap April depan.

“Pada masa sama, kami turut membida beberapa tender pembinaan untuk dilaksanakan Integrated Vest pada tahun depan, yang dijangka mampu menjana perolehan RM10 juta setahun kepada syarikat sekiranya berjaya.

“Malah, keyakinan itu turut disumbang hasil pertumbuhan industri pembinaan yang dijangka kukuh tahun depan berikutan rancangan kerajaan melancarkan pelbagai projek baru,” katanya.

Beliau berkata, antara projek yang sudah disiapkan syarikatnya adalah pembinaan Balai Cerap Negara di Empangan Bukit Malut, Langkawi, Kedah dan mengubah suai Dewan Sivik untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 2005.

Syarikat sudah menyiapkan projek mereka bentuk dan membina tiga jambatan serta jalan tuju di Kampung Sungai Tiram dan Lekir di Manjung, Perak serta kerja menaiktaraf dan penambahan Masjid An-Nur di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.

Katanya, bagi memastikan syarikat mampu bersaing, mereka perlu mempunyai semangat daya saing, pengetahuan, berusaha keras dan paling penting komited dengan kerja yang dihasilkan supaya semua pihak berpuas hati.

“Bagi kami, pembinaan yang berkualiti menjanjikan keyakinan kepada pelanggan, justeru kami sentiasa memastikan setiap projek yang dikendalikan menepati piawaian yang dikehendaki pelanggan.

“Malah, kami sentiasa meneliti dan memantau kerja pembinaan supaya menepati permintaan pelanggan,” katanya...



bergitulah ceritanya.. apa kaitanya?
org tu bos bini aku.. harap2 bini aku dapat bonus tahun ni..
amin..

Thursday, December 07, 2006

fakta nombor (hari lahir part 2)

mengenai hari lahir.. org mesti cakap pasal azam baru, azam lama tercapai ke tak dan semua mengenai azam..
tapi bagi aku semua tu tak penting sangat.
sebenarnya memang dah banyak tahun aku tak tanamkan azam pada setiap hari lahir aku..
kalau nak kira banyak azam yang lepas2 tak tercapai lagi.. so buat apa nak berazam lagi.
kalau dulu setiap tarikh penting seperti hari lahir, hari khawin, hari tahun baru dan bermacam-macam hari yang berasaskan nombor yang penting, org akan cuba berazam..
bercakap mengenai nombor..
aku ada fakta nombor menarik ...
21 10 hari lahir isteri aku
22 11 hari lahir aku
23 12 hari ulang tahun kawin aku..
semua ni bukan kita rancang.. tapi aku tengok memang cantik... hari kawin kita pun kami tak perasan tarikh camtu..
tarikh hari lahir si fatin dan si raudhah pun cantik gak.. macam kekuatan hubungan..
12 9 hari lahir fatin
9 12 hari lahir raudhah

Monday, November 27, 2006

hari lahir part 1


hah.. apa ni..? mimpi ke apa? la,.. ye ke?
terkezut aku bila pagi rabu lepas.. tengah aku nak pakai stokin nak gi keje., tetiba je.. belepuk... bini aku datang cium pipi aku.. sambil dia cakap happy birthday untuk aku..
laa.. besday aku rupanya..
ntahlah, aku memang dari dulu lagi memang tak kesah dengan besday ni, cuma masa bercinta jer aku terjebak dengan mainan besday ni..
yelah masa bercinta.. awel ni bagi tu lah.. bagi ni lah.. macam2 lah.. tapi semua hilang macam tu je..
yang paling best sekali, hadiah patung 'pooh' makwe aku bagi masa hari lahir aku yang ke ntah tak tahu dan yang sekrang ni dah jadi bini aku,
ada satu hari dia datang nagn mak dia kat rumah org tua aku.. masa tu dah nak kawin dah.. sekali tu dia ternampak anak patung pooh yang dia bagi kat atas reban ayam rumah aku...
lama pas tu.. baru dia cakap.. tak hargai langsung pemberian orang..
abis nak buat camana.. ok lah tu.. aku letak kat atas reban.. kalau dalam reban.. camana? kan dah kena taik ayam...
end part 1

Tuesday, November 21, 2006

kiamat dah dekat..



"kini dunia sudah terbalik, perempuan ingin tampan, lelaki ingin cantik, korapsi dianggap rezeki, mencuri dianggap prestasi."

itulah, lirik lagu dalam kiamat sudah dekat yang ditayangkan sepanjang bulan ramdhan lepas.. hingga khamis minggu lepas.,
cerita ini agak simple.. tapi aku rasa jalan cerita serta plot cerita yang digarap begitu sempurna membuatkan aku tertunggu siarannya setiap hari pada jam 5.30 ptg.. tapi selepas bulan puasa cerita ni ditayangkan pada kul 6.00 ptg.

ntah mengapa aku boleh layan darama indon ni.. sebelum ni aku tak pernah tengok atau tak suka drama tv.. tapi drama indon ni talah mengubah pandangan lekeh aku terhadap drama indon.

tapi aku amat frust sekali apabila episod akhir pada khamis lepas tidak dapat aku tengok.. ini semua gara aku, terpaksa menghadiri seminar ' profesional engineer' di jitra kedah..

apa2 pun aku amat minat sekali dengan pak aji ni..

Monday, November 13, 2006

ringkasan & kesimpulan raya tahun ni..

apa khabar kengkawan semua.. ihk lama betul tak memblogkan diri.. macam2 pandangan kat chatbox aku tu.. apa2 pun, memang aku tak sempat giler nak men update kan blog aku.. cerita raya memang banyak sangat,..
tapi aku rasa sama aje dengan cerita orang lain..
apa2 pun aku akan buat kesimpulan dan ringkasan tentang raya baru2 ni..
1.raya memang best
2.sakit hati sama macam tahun2 lepas.. jalan jem giler..
3.kami semua deman lepas raya.
4.open house tak buat tahun ni, cuma pegi rumah orang je.. (termasuk rumah Jamri)
5.keadaan kampung ok aje.
6.sms raya terbaik aku tahun ni..'KATAK KENYANG LALU TERTIDO, GAJAH PITAM LANTAS TERJATUH. ANDAI TAK SAMPAI TANGAN DIHULUR KU POHON AMPUM DARI JAUH.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
secara kesimpulannya, raya tahun ni sama aje ngan raya tahun lepas... yang bezanya cuma duit raya si fatin tak boleh beli mainan lagi..,
duit raya dia aku buat beli barang persedian dia nak sekolah tahun depan.

Wednesday, October 18, 2006

selamat minum sirap


selamat hari raya maap zahir dan batin.. walaupun zahirnya dikalangan kita belum bertemu dan bertegur sapa, namum kalian sebahagian dari dunia kawan2 aku selamat minum sirap buat Jamri, Izwani, Dobot MamaRisyia, Ayu,Mazudi, MasKastam, illa , Aries81, PB, EnEasy, IbuVouge, Atenah, Mak Diana Adeleeja, Syikin, JawoPinter, Aisah, Hot Mama Kadok, Rontol, Lan Rambai, Tiara, Kaseh dan yang pernah mengunjungi blog aku.. slamat hari raya dan berhati2 bila memandu.

Thursday, October 05, 2006

karamel



kramel... itu lah nama kuih faveret aku untuk bulan puasa tahun ni... tiap2 hari, boleh kata aku tak miss beli kuih ni..
ntah camana tergerak hati aku nak bertanya pada rakan opis aku tentang cara2 nak buat kuih kramel ni... bini aku pun tak tahu cara nak buat kramel ni..
maka pada tanggal 3 oktober 2006, aku telah berjaya menghasilkan kuih kegemaran aku ni.. kini umur aku dah mencecah 32 tahun.. selama itu lah aku tak tahu yang aku berbakat buat kuih, dalam seumur hidup aku tak pernah terlintas untuk menjadi tukang masak....
kat sini aku nak share resepi cara membuat kramel ni..

bahan2nya
a. 1 cawan gula pasir(bukan gula batu atau gula-gula)
b. 1 tin susu ideal (bukan susu tepung yang nak buat susu anak tu)
c. 1 sudu teh asen vanila (kat kedai runcit ada jual, jgn beli kat kedai basikal)
d. 4 biji telur ayam (jangan guna telur itik atau telur lain)

cara membuatnya
1. ambik 1 cawan gula, cawan minum teh, jangan guna cawan minum ais pulak nanti banyak sangat gula tu..
pas tu, 1/4 cawan gula tadi digoreng menjadi gula hangus (baru hari ni aku tahu cara nak buat gula hangus, selama ni aku ingatkan gula yang boleh dibeli dari kedai). tapi awas... jangan goreng lama sangat... nanti pahit pulak.. pas dia cair seakan2 coklat, angkat gula hangus tadi..(sekarang ni nama gula pasir sudah ditukar secara otomatik kepada nama gula hangus) letak tepi dulu.
2. pecahkan telur ayam tadi ke dalam bekas. campurkan dengan 3/4 cawan gula pasir yang balance dari 1 cawan gula tadi, dan campurkan 1 sudu asen vanila. pas tu pukul hingga sebati.
3.didihkan air sehingga mendidih.
4.masukkan gula hangus langkah 1 tadi dan campurkan adunan langkah 2 di atas ke dalam bekas,
5.kukus selama 20 minit.
6.pastu angkat dan terbalikkan kedalam pinggan leper..
7.jangan makan dulu sehingga azan maghrib berbunyi, nanti kena ganti puasa pulak..
8.selamat mencuba...

gambar karamel
yang aku ambil
dari helikopter


juga kelihatan
seorang budak
yang tak sabar
nak makan
karamel aku.

Tuesday, October 03, 2006

kembung perut

semalam hari sabtu... aku pegi berbuka di tapah rumah mak mertua aku...
aku ikut jalan biasa dari simpang pulai ke tapah... tapi sampai kat gopeng, aku tengok keta banyak, so aku ikut jalan highway..
pas aje ambik resit tol., ntah macam mana aku terbawak laju pulak.. tapi tak laju sangat.. belum masuk highway lagi..
jalan susur masuk ke highway tu kan macam bulatan..
aku pulak terpandu laju... kereta aku dah hilang kawalan... aku rasa keta aku dah nak bantai pembahagi jalan... tayar depan dan tayar belakang dah berbunyi.. sreet... sreeet... aku rasa memang dah kena ni..
tapi alhamdulillah nasib baik... belum sempat kena divider tu... aku tarik stering skali lagi... nasib baik.. mahu..

sejuk perut aku... lutut pun macam nak menggigil, bini aku tak terkata apa.. kita orang dah macam dalam kapal perang masa tu.. nasib baik anak aku yang kecik tak terlepas..
si fatin dok tengah2.. dia pegang kuat2 kat tempat duduk keta..

bila dah ok tu.. aku berenti keta... senyap jap.........
aku tengok.. semua ok..
pas tu si fatin cakap.. "abah, kembung perut atin masa nak accident tadi"... nak tergelak pun ada.. bukan kembung perut lah atin, tapi sejuk perut lah "...

alhamdullilah kami selamat sampai untuk berbuka pose pada hari...

Thursday, September 28, 2006

microwave for sale


murah betul rezeki bulan pose tahun ni.. mungkin berkat rumah baru dan jiran2 baru agaknya.. alhamdulillah. setakat ni, tiap2 hari kami dapat kuih atau makanan free yang dihantar oleh jiran2..
setakat ni, kuih muih yang sedia untuk dimakan tak pernah lagi abis dimakan dengan jayanya, walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk menghabiskannya.. bergitulah murahnya rezeki Allah bagi kat kami sekeluarga.
ditambah pula dgn sifat tamak aku semasa membeli makanan dan kuih muih untuk juadah berbuka puasa.
alamak lupa pulak dengan tajuk entri aku.."microwave for sale" sebenarnya bukan microvawe pun, electric oven je..
bergini cerita dia, semalam bini aku bising... dia cakap " ihk malu lah saya bang, asyik jiran2 bagi kuih jer.. kita tak bagi apa2 pun.." cakap bini aku..

senang je aku jawab.. "macam ni je lah.. kita bagi je microwave tu kat jiran kita, pas tu mesti dia bagi kita kuih tiap2 hari dan awak takkan malu lagi... bukan kita pakai pun" aku cakap camtu..

terus bini aku diam..

Monday, September 25, 2006

hari jadi lagi?


lupa pulak aku nak upload kenangan manis kek coklat si fatin di hari jadi dia baru2 ni.. smoga hari jadi tahun ni akan menambahkan lagi akal anak aku tu.. amin..
masa hari jadi si fatin pada hari tu, semua orang pakai baju pink.. raudah baju pink, ibu baju pink, si fatin pun baju pink... cuma aku aje takde baju pink..
akau cakap kat si fatin.. "abah takleh pakai baju pink, nanti nampak macam bapuk ajer.."
apa2 pun selamat hari jadi kali ke2 bagi tahun ke 4..
..tahun ni fatin sepatutnya dah kena puasa..

Thursday, September 14, 2006

lawak si fatin

saje ajer.. aku teringat cerita anak aku tu.. buat renungan bagi seluruh otak2 manusia yang agak penuh.
cerita dia cam gini..
pada sebulan lepas kat ipoh ni, kira top giler pasal 'santau' hari2 orang dok cerita pasal tu aje..
ada yang cerita, pernah dengar cerita orang muntah darah selepas makan kedai si anu dan si anu.. tiap2 hari macam tu ajer cerita dia.. tapi yang betul2 tengok depan mata takde lagi yang cerita. semua cerita atas cerita.
tapi yang nyata dan sahih, semua kedai makan di ipoh, hampir kosong dan lengan.. kalau ada pun.. macam hidup segan mati tak mau, lampu kat kedai lebih ramai dari orang yang datang makan..
memang kosong abis kedai makan..
tapi sekarang Alhamdullillah, nampaknya dah back to normal..
ihk lupa pulak pada tajuk cerita tu..
cerita dia camni... sejak berita santau hangat kat ipoh,.. semua orang makan kat ghumah jer... pasar malam penuh, orang pegi beli ikan dan sayur untuk masak kat rumah.. ihk terbabas lagi..

"0... abah, atin dah bosan asyik makan kat rumah jer.." anak aku cakap
"oooo... tak boleh tin,.. bahaya semua orang tak makan kat luar sekramg ni... bahaya" aku cakap

abis... anak aku cakap ape... nak tahu?

" alah abah ni, jangan makan kat luar, makan lah kat dalam kedai tu.."..

aku pecah perut gelak... sambil pegang sterang

Tuesday, September 12, 2006

happy birthday ke 4


selamat hari lahir yang ke 4 buat jatung pisang aku si Fatin Zahra. semoga bertambah pandai dan ceria. abah ibu dan adik mendoakan Fatin sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. semoaga panjang umur.. esok abah belik kek.

Monday, September 11, 2006

hujan oh hujan


ihk lama betul aku tak main hujan, ntah mengapa semalam teringin pula aku main hujan.
ceritanya camni, motor aku dah lama betul tak jalan.. so aku pegi repair motor dengan anak aku si fatin..
bukan main syok lagi kena hujan ..
aku dua beranak pakai baju kalis hujan.

Thursday, August 03, 2006

kejamnya..


oh.. tidak.. kenapa jadi macam tu, tak sanggup nak tengok.. kesian nya abah, kenapa mereka jahat sangat..

itu lah reaksi anak aku bila tengok berita jam 8 malam.. kanak2 dibunuh dengan kejam.. mereka dibom tapa belas kasihan. semua ini berlaku di Selatan Lubnan dan Palestin.
Pihak Zionis Yahudi membedil dan membunuh ummat Islam tanpa henti2. tapi apa yang kita boleh buat.

aku terkedu bila persoalan macam tu mumcul dalam benak pikiran aku... apa boleh aku buat. aku bukan perdana menteri. aku tak ada askar atau kereta kebal, apatah lagi jet pejuang.
tapi kalau aku seorang perdana menteri atau aku mempunyai bala tentera yang ramai.. apa guna semuanya itu kalau semuanya jadi patung kencana.

abis .. apa aku boleh buat..? sekarang ni ummat Islam dan negara Islam sudah tidak peduli sesama mereka. masing buat hal masing2. masing2 jaga sempada masing. jangan jaga tepi kain orang. saudara kita hanya dekat rumah kita.. orang putih berjaya memecahkan ummat Islam dengan memecahkan sempadan masing2.

Ummat Islam sudah tidak kuat seperti zaman Nabi... Ummat Islam telah lemah.. Ummat Islam sudah tidak sensitif lagi..
berbalik kepada persoalan asal... aku masih tertanya pada diri aku.. apa yang aku boleh buat untuk saudara2 seIslam aku di Palestin dan Lubnan..

aku masih tertanya2 lagi..

Monday, July 24, 2006

balik cuti


assalamualaikum, apa khabar korang semua.. hampir sebulan lebih aku merehatkan diri bersama2 keluarga aku. abis merata dunia aku singgah. macam2 berita aku tempuh.
sehinggalah aku tak tau apa nak buat.

sekarang aku dah mula start keje balik. kepala aku pun kena tune balik..
keje berlambak atas meje..
keje yang hilang bergitu saja pun ada.
keje yang tertanguh pun tak aku selesaikan lagi.
ntahlah,
nak tak nak, aku kena mulakan dengan sesuatu fresh. seminggu aku bercuti, aku terus kena gi penang, dua tiga hari kat penang aku balik ipoh, belum sempat setengah jam aku dudok kat rumah, bapak aku call dari kg bagi tau yang to'ki aku dah meninggal, sedih aku.. bukan apa aku teringatkan tentang sifat ambik ringan aku.. sebenarnya dua bulan lepas aku dah balik kg, tapi aku tak jumpe dia.. anak aku yang no 2 pun dia tak sempat tengok.
apa2 pun selamat berkerja untuk aku..

Wednesday, June 21, 2006

cuti memblogkan diri


aku bercuti dari 21 jun 2006 hingga 17 julai 2006 . sepanjang pada tarikh ini, aku akan menghabiskan masa untuk anak, isteri dan rumah aku yang tak berapa habis lagi untuk dikemaskan.
semoga kita akan berjumpa lagi dengan cerita2 yang lebih best.

Wednesday, June 07, 2006

happy birthday opah

puan zaiton binti abdul rashid sedang memotong kek hari lahirnya yang ke 60 tahun. kelihatan disitu juga cucu-cucunya yang sedang tekun memotong kek juga. diperkenalkan semua cucu-cucunya di dalam gambar, dari kiri cik fatin zahra, cik nurul faradina nisha dan en adam.. dan ada sorang lagi yang tak kelihatan di dalam gambar tapi ada kat luar gambar ialah, cik raudah.
kemua mereka-meraka ini berkumpul kat ipoh. cik faradina nisha dari alor gajah melaka, en adam dari tapah perak dan cik fatin zahra dari ipoh aje.
banyak jugak juadah pada hari tu... sampai tak abis makan. ada juadah yang dibawa khas dari melaka, contohnya buah pelam atau buah mangga.. pulut kuning dan kek dari tapah, dan selebihnya dari ipoh aje.

happy birthaday opah.. dari fatin dan raudah.. slamat hari lahir yang ke 60 tahun..
semoga opah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , disihatkan tubuh badan dan dirahmati serta dilindungi oleh Alllah S.W.T hendaknya amim..

bergambar kenang-kenangan bersama cik nurul faradina nisha... yang entah bila akan berjumpa lagi.
kelihatan di dalam gambar, cik raudah yang buat tak tau aje.

Thursday, May 18, 2006

wartawan Sukan (Arsenal Vs Barcelona)


Liputan terbaik, Exclusive untuk rakan-rakan blogger
Perlawanan yang penuh dramatik antara Arsenal dan Barcelona bagi mencari juara UEFA champion league di Stade De France, Paris.

Minit ke 11.. gol Barcelona dibatalkan, Lehman penjaga gol Arsenal dilayangkan kad merah, keputusan refree yang tak munasabah.. sepatutnya bagi lah advantage kat Barcelona.
Pelik jugak kenapa Arsenge Wenger keluarkan Robert Pires mengantikan Lehman, frust Pires kerana tidak dapat meneruskan permainan.

Ronaldinho mengambil free kick depan kotak D.. sikit tersasar

Minit ke 37, Eboa dijatuhkan oleh Puyol. Theary Henry mengambil free kick. Hantaran cantik kedalam petak D, ditanduk cantik oleh So Cambell menewaskan penjaga gol Barcelona Vardess. Minit ke 37 Barcelona O, Arsenal 1.

Hebatnya Frank Rijkard, Samuel Eto’o dan Ronaldinho bertukar posisi pada masa minit akhir separuh masa pertama, hasilnya Samuel Eto’o hampir menyamakan kedudukan tetapi dinafikan oleh penjaga gol Arsenal.

Separuh masa kedua,
Minit ke 55, sekali lagi Barcelona mendapat free kick hasil daripada Ronaldinho dijatuhkan di depan kotak D Arsenal. Free kick Ronaldinho disekat oleh benteng Arsenal.

Minit ke 62, Arsenal hampir mendapat gol kedua, hasil daripada conter attack mereka.
3 minit kemudian Fredie Ljunberg bijak merampas bola dari pertahanan Barcelona, dan hampir mendapatkan gol.

Minit ke 69, Theary Henry berjaya melepaskan diri daripada pertahanan Barcelona, tetapi diselamatkan oleh Vardes.

3 minit kemudian, tendangan Ronaldinho hanya tersasar sedikit dari gawang gol Arsenal.

Eto’o bijak melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Arsenal. Gol Barcelona hadir pada minit ke 76 hasil permainan cantik Samuel Eto’o.

Empat minit selepas itu, Julliano Balletti, berjaya mendapatkan gol kedua Barcelona selepas kekalutan pertahan Arsenal sekaligus meletakkan Barcelona di hadapan buat kali pertama.

Keputusan penuh, Barcelona 2, Arsenal 1. Barcelona FC juara UEFA Champion League musim 2005/2006.

Wartawan blogger, Kimie 2.00 pg – 5.00 pg. 18 mei 2006.
Pengalaman pertama menjadi wartawan sukan.

Tuesday, May 16, 2006

sempat lagi..

percutian five star kat equatorial penang

menyelam sambil minum air, sambil aku out station kat penang ni, apa lagi aku bawak semua anak bini aku.

amboi.. macam yea-yea je si fatin ni, baca buku astro.. abah, kita tak yah balik ipoh lah..
mana boleh dok sini lama2, nasik lemak pun 45 hengget, mana tahan.

my new "engine" acer.. nak buat camana komputer lama aku dah jahanam.

Friday, May 05, 2006

tak tau....


ntah bila aku akan memblogkan diri aku seperti dulu-dulu..
seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeebuuuukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... sebuk giler..

Thursday, April 06, 2006

beza anak aku ngan anak ustaz depan rumah:

1.anak dia darjah prasekolah, anak aku 4 tahun
2.anak dia boy, anak aku girl.
3.anak aku tak skolah lagi. anak dia dah sekolah.
4.anak dia tak cakap banyak, pendiam, anak aku lebih dari karam singh lagi.

dan ...no

5. perbezaan yang paling ketara.. ada satu hari, anak ustaz dpn rumah aku (jiran aku) balik dari sekolah.. tapi mak ayah dia takde.. so dia tunggu je dpn pintu rumah dia.. lama... so bini aku pujuklah suruh masuk rumah aku dulu.. tapi dia taknak, dia malu.. pastu bini aku suruh aku pujuk pulak... akhirnya dia masuk jugaklah rumah aku... bini aku nak bagi nasi tak nak, bagi milo tak nak, tapi di makan biskut ajer... kesian jugak budak ni... dudok ajer kat atas kerusi.. puas aku pujuk ajak makan nasi, maklumlah budak baru balik sekolah, tentu lapar.. tapi tak nak jugak..
aku pun tanya budak tu,.. abis adik nak apa ni? pakcik ajar makan taknak.. ajak minum taknak.. abis adik nak ape ni..
rupa2nya... dia cakap ape tau.. jawapan ringkas dari seorang budak baru berumur 6 tahun... nak tau apa budak tu cakap..?

"adik nak sembahyang zohor".. masyaallah,.. budak sekecil tu pun tahu tanggungjawab dia.. apa lagi malunya aku pada diri aku.. aku sendiri pun tak sembahyang zohor lagi waktu tu..
ini bezanya,.. antara manusia dgn manusia yang lain.. dan perbezaan inilah yang biasanya menjadikan seseorang itu benar2 seorang "orang" atau sebatang "orang-orangan"..
sekian terima kasih..
p/s: tajuk entry aku mungkin tak berapa kena sedikit, tapi kita tukar tajuk tu dengan " Aku, anak aku dan Anak Ustaz"

Tuesday, April 04, 2006

4.30 pagi aku kena marah

Kul 4.30 pagi. 2-3 hari lepas.. talipon aku berbunyi..ihk.. malas betul nak angkat.. last2 dia senyap..

Tak lama pastu dia bunyi lagi,.. ihk lain macam jer.. risau jugak aku takut emergency kat kampong ke ape ke.. aku angkat tipon.. nama display kat handset kluar nama member kag aku yang telah lama aku tak contact, hamper 10 tahun kot.. yea lah mana tak lamanya. Aku kerja kat ipoh pun dah hampir 7 tahun..

So aku angkat lah tipon tu..(opp lupa handset takyah angkat) so aku letak tipon aku kat telinga.. aku pun hello lah.. masa aku hello tu.. dia cakap apa nak tau..

"ENGKAU NI DAH LUPA KAMPUNG KE? TAK INGAT ORG TUA KE, LANSUNG TAK BALIK KAMPUNG.. "

kelu lidah aku tak terkata aku..

member yang dah lama giler aku tak contact, member aku masa sekolah rendah dulu, kenduri kawin dia pun aku tak datang. Memang masa sekolah kami geng2 jahat sama curi ayam org kampong untuk dikorbankan nak buat pesta kat tepi pantai ..

tapi lepas jer aku masuk asrama skolah menegah, pas tu aku masuk universiti.. dia masih di kg.. kira aku balik kg pun sekali sekala ajer..mcm mana nak jumpa.. kiranya kita dah tak rapat lagi.. boleh dikatakan tiada lagi hubungan yang serius..

boleh dia sound aku camtu dlm tipon kul 4.30 pagi.. dah hilang akal ape.. berderau darah aku..mau jer aku maki 3 guni..

abis jer dia cakap.. dia sambung satu ayat lagi dgn nada yang lembut..

"SORRY YE KAWAN.. APRIL FOOL"

kepala hotak berjambul betul lah.. dah lah camtu, time aku nak balas cakap ajer..

rupa2nya dah abis..

rupa2nya dia guna produk baru maxis "voice sms tu".. kacang hantu betul lah..

hujung minggu ni aku akan balik kampong untuk kali 2 bagi tahun 2006 dan bercuti seminggu..

Tuesday, March 28, 2006

santai kat lumut

Wah.. bukan main bergaya lagi si fatin ngan baju laut dia..



si kecik ni pun dah pandai sronok2 kat tepi laut



merasa jugak aku mandi laut..



ihk dah lama betul kami tak gi makan angin macam ni, sronok jugak.. tapi silap lah, aku sampai kat lumut kul 2 ptg, panas giler... abis nak buat camana mandilah jugak.. takkan nak tunggu.. si fatin dan berguling2 nak mandi, belum apa2 lagi dah tukar baju mandi dia..
apa lagi aku pun nak mandi lah jugak..
cari2 punya cari, bini aku lupa nak letak seluar pendek aku.. ihk frust betul aku.. nak tak nak, beli lah satu lagi seluar pendek..

sebenarnya aku bukannya nak pegi sangat, tapi dah terlanjur aku hantar pc kat adik aku di UiTM sri iskandar, terus aku gi Lumut . best jugak, lain kali fatin ajak aku pegi lagi.

Thursday, March 23, 2006

commenting and trackback have been added to this blog.

Tuesday, March 21, 2006

HFM...

HFM... apa betul ke doktor?.. DR jgn main2..
DR: u ada pegi serawak ke?
aku: takde..
DR: kalau macam tu u jgn risau, insyaallah takde ape2, banyak2kan berdoa..
bederau jantung aku bila DR cakap anak aku ada tanda2 HFM, ceritanya macam ni..
hari selasa lepas, anak aku deman sekejap.. pas tu agi bagi ubat deman, alhamdulilah demam dia ok.
tapi malam tu dia dah tak isap susu, dia cakap mulut pecah, kesian dia tak isap susu.. dahlah tak isap susu..
nasi pun tak makan., dia dah mula meracau ajer.. kadang2 mau aje aku sepat je dia.. sikit2 nangis, sikit nangis..
tapi masih tendang bola lagi..
sampai time malam, dia dah mula menangis.. sakit sangat tak tahan.. dia cakap sakit mulut.. dia lapar.. bagi susu dia tak nak, bagi air masak dia tak nak bagi ribena tak nak.. dia nak... tapi mulut dia sakit,,. hancur luluh hati kecik aku.. aku tengok anak aku.. hati kecik aku dah menangis sebenarnya.. mau aje aku bawak pegi emergency malam tu jugak. tapi... dia suruh mak dia buat susu.. tapi bila dia nak isap.. mulut dia sakit... pas tu dia cuba tido.. tengok anak aku dah boleh tido sikit2. aku bertahan sampai pagi.. alhamdullilah akhirnya pagi menjelma jugak, setelah setiap detik aku kira.
pagi tu jugak aku pegi jumpa pakar kanak2.. nak rujuk sakit mulut anak aku.. sebenarnya aku ada tertengok tapak kaki anak aku malam tu.. ada jugak terdetik kat hati aku pasal HFM.. ihk.. nauzubillah..mintak jauhlah..
alangkah terkejut dan paniknya, bila doktor cakap yang anak aku ada tanda HFM..
lepas.. berjam2 dia consult aku... dia pun bagi 3 jenis ubat.. dan aku dah bagi tau kat doktor yang anak aku susah nak makan ubat. tapi si Fatin dah janji depan doktor yang dia nak makan ubat...
alhamdullillah.. aku nampak ada perubahan selepas aku sapu ubat dalam mulut dia, luka pecah dalam mulut dia dah ok sikit setelah 3 empat kali aku sapu..
bila mulut dah ok sikit, dia pun dah boleh minum ribena.. aku tengok dia dah mula ok ...
bersambung esok..

Wednesday, March 15, 2006

sakit..

kesian.. anak2 aku.. semalam si fatin dan raudah deman serentak.. fatin deman + pecah dalam mulut. raudah deman lepas kena cucuk kat klinik.
si fatin dua tiga kali mintak susu malam tadi. bila mak dia buatkan, dia tak isap., alasan mulut pecah. abis aku nak buat camana. tapi si fatin ni dia boleh jugak tido.
tapi si raudah, malam tadi takleh tido, kesian dia.. badan dia panas.. dia nyussu pun sikit2 aje.. yang banyaknya nangis jer.. kesian kat dia, abis nak buat camana ubat dah bagi, tapi dia luah dan muntahkan.
aku pun tak paham, budak sekecik dia yang baru masuk 3 bulan, dah pandai rasa ubat tak sedap.. bila makan ubat dia tak telan, dia tahan kat dalam mulut dan tolak ngan lidah.
ok takpe, aku try cara lain. aku masukkan ubat dalam mulut dia, belum sempat dia tolak ngan lidah, aku picit idung dia.. yesss dia dah telan dalam keadaan menangis dan tak puas hati.. tapi belum sempat 9 saat dia telan.. dia muntahkan semua ubat yang aku bagi tadi..
abis camana aku nak bagi anak2 aku sihat dengan cepat?
dah macam2 cara aku guna tapi tak berhasil nampaknya...
aku heranlah... macamana budak yang berumur 3 bulan dah tahu apa yang sedap dan tak sedap, seingat-ingat aku, masa aku kecik2 dulu.. aku tengok adik aku atau budak kecik yang lain yang masih belum boleh bercakap lagi, aku sapu atau telan apa saja.
budak sekarang lain sikit lah, dia lebih cerdik dari mak bapak dia masa kecik.
itu lah agaknya.

Wednesday, March 08, 2006

minyak vs wallet

meter minyak yang ada pada semua keta2 yang ada sekarang patut ditukar dengan meter design baru ni..


Friday, March 03, 2006

bola oh bola

no 9 jersi aku


ihk boleh main lagi ke?



ihk dah lama benor rasanya aku tak main bola, kalau dulu aku lah pemain terpantas, tapi sekarang aku dah tak macam dulu lagi, tapi itulah kenyataannya. hampir 5 tahun aku tak main. semua disebabkan aku pindah rumah. sebelum pindah rumah, tiap2 hari aku turun padang. padang bola pun dekat dgn rumah aje.

tapi sekarang rumah aku dah jauh dari padang bola, nak main pun malas. kalau nak pegi main kena redah hampir 10 traffic light. baik takyah.

sekarang aku lebih suka pegi tengok bola daripada main bola..

Tuesday, February 28, 2006

Minyak naik lagi... 3 posen

kacang hantu betul,.. minyak naik lagi.. 3 posen pulak tu., sebenarnya aku dah dengar minyak akan naik 3 posen sebelum ni. tapi aku tak caya, biasa lah.. kalau kata nak naik 3 posen... biasa seposen atau 15 sen... maknanya org boleh cool lagi..

10.45 mlm tadi terkezut beruk aku bila tengok tv, dia siarkan berita kecik sebaris je, tulis bergerak "kerjaan memutuskan untuk menaikankan harga minyak petrol, diesel dan LPG sebanyak 3 posen". frust betul aku.. apa nak jadi malaysia hari ini dan akan datang.. soal minyak naik 3 posen, bukannya jadi isu sangat.. yang paling bahaya dan rakus adalah kenaikan harga barang secara total.

jangan cakaplah, nak kontrol itu, nak kontrol ini.. pas ni, aku jamim potong rumput, peperangan menaikankan harga barang akan berlaku dengan rakusnya.. cuba ingat sejak tahun lalu dah berapa kali harga minyak naik, dan seperti biasa harga barang pun turut naik, habis sampai bila semua ni akan terus naik.

utusan malaysia 28/2/2006.."kerajaan jamim tiada kenaikan harga minyak dalam tahun ini".. abis tahun depan naik lagi ke? atau lebih tepat, berapa kali minyak akan naik pada tahun depan...

alhamdulillah.. nak jadikan cerita, nasib baik aku jual 4WD aku hujung tahun lepas.. kalau tak, rabak aku.. mana taknya, RM 50 hengget sekali senyum dia telan. sekarang ni aku cuma pakai kereta proton aje.. 1.3 aje.. harap2 jimat lah sikit minyak..

aku banyak terbayangkan, nasib org2 kampung atau pekerja am yang hidup kat bandar, biasanya mereka ada anak ramai. kadang2 yang masih menyusu pun ramai lagi. macam mana mereka nak beli susu dengan harga yang tinggi.. aku pernah dengar cerita dari seorang lelaki india yang cakap dengan aku.. " dulu aku masa kecik mak aku cuma bagi minum susu pekat campur air je".
itu dulu, dulu pun, ada yang tak mampu... abis sekarang lagi teruk.. aku juga bayangkan, mungkin sampai satu tahap, manusia akan sanggup mencuri demi memenuhi kehendak perut yang terpaksa diisi...

Monday, February 20, 2006

fatin & raudah

berginilah keadaan anak aku bila time aku balik keje.. tunjuk perasaan kot, mungkin aku dah takde masa nak bawak diorang gi jalan2 makan angin.. nak buat camana, abah dia seminggu 7 hari berkerja, dah takde masa nak bawak anak2 aku gi jalan, apa yang boleh aku buat hanyalah gi jalan kat supermarket aje.. nasib baik supermarket kat tepi rumah aje, kalau tak.. sorrylah aku nak bawak dia.. tapi aku akan cuba cari masa untuk anak2 aku suatu hari nanti..

hampir sebulan fatin & raudah tak pegi jalan2 cari makan

Thursday, February 16, 2006

takut makan ubat..

frust betul aku bila ingatkan si fatin ni, kalau di sakit memang semua orang susah.. kesian jugak aku tengok bila dia tak leh tido... ibu...ibu,... merengek... macam mana nak cepat baik kalau ubat pun tak nak makan, semalam aku dah tak tahan sangat dah, aku kerjakan anak ku tu, aku ikat dia tangan kaki takleh bergerak, dia meronta-ronta mintak tolong, bini aku sumbat ubat dlm mulut dia,.. mana aku tak bengangnya umur dah nak masuk 4 tahun ubat makin susah nak makan, dulu masa kecik tak macam tu.. dah sumbat ubat dalam mulut, muntah pulak.. abis macam mana uabat nak masuk dalam badan..
pasal susah makan ubat ni.. aku masa kecik dulu pun susah jugak.. aku ingat lagi, memang susah mak aku nak bagi aku makan ubat.. baru baru ni, anak aku yang no2, Raudah.. dah pegi cucuk 2 bulan. . doktor cakap bagi mkan ubat deman bila sampai rumah,.. sampai rumah aku bagi dia makan ubat.. masyaallah, terkejut beruk aku.. budak umor dua bulan dah pandai tak nak makan ubat, takut ngan ubat... sikecik tu.. letak dalam mulut dia, tak telan sampai ke sudah... last sekali dia luah aje.. eii frust betul aku..
korang yang ada anak-anak macam mana? macam mana bagi makan ubat? ok ke diaorang semua? ada petua ke?

Monday, February 06, 2006

bas cepat terlalu cepat

ihk lama giler rasanya tak update blog... bukan tak nak tapi sibuk giler rasanya, tahun 2006 banyak memberi aku kesibukan yang aku mampu mengendalikannya lagi.. alhamdullilah. tapi bukan itu ceritanya..
semalam aku penat giler.. dah lah keje abis kul 2.00, hari ahad pulak tu.. tapi takpe.. sibuk pun pasal duit, aku dah tak kesah sangat lah.. tapi apa yang aku benggang nya, adik aku yang belajar kat uitm call suruh ambik dia kat bus station.. tak pelah aku tak kisah.. aku gi ambik jer.. tapi yang aku benggangnya.. barang2 dia semua dah takde, komputer, bag baju, kropok.. semua dah takde... abis nak buat camna... rupa-rupanya adik aku naik bas lain selepas bas dia berenti makan... ihk ada ke macam tu, kenapa naik bas lain pulak? tak bengong nama nya tu.. nak kata bengong, adik aku pelajar universiti.. zaman aku belajar dulu mana ada aku tersilap naik bas, silap naik motor, atau silap naik keta... eii macam2. dah puas aku khutbah kat adik aku, barulah adik aku bercerita,.. rupa2nya dia ditinggalkan bas yang dia naik, ni semua gara2 bas cepat sangat bertolak.. pada masa tu adik aku sakit perut.. dia tengah berak.. dah lepas berak.. bas tak de.. abis tu dia tumpang bas lain... bas tu nama di CEPAT EKSPRESS dari K.TRG ke IPOH, Kemunting.

alamak dah kul 4.15 lah.. esok jelah aku sambung..

Tuesday, January 17, 2006

bosan? takut? penat?

bosan? ihk ngapa bosan pulak? gini ceritanya.. sebenarnya aku dah hampir sebulan lebih hidup bujang.. perkataan yang paling sesuai adalah "bosan"
aku tak paham, macam mana org yang hidup bujang tanpa anak isteri tu sronok.. pada mula pun aku ingatkan sronok gak.. rupa2nya tak.. apa nak buat dah terpaksa..
bini aku dah sebulan lebih berpantang kat kg mak dia.. aku pulak sminggu skali je pegi tengok anak aku.. selebihnya aku dok membujang aje.. nasiblah aku ni bukan dari kategori nakal.. masa rehat dan waktu lepas keja, aku habiskan dengan kawan2 dan buat aktiviti berpaedah aje.. tapi bila time balik rumah masing2.. aku dok bujang, org lain ada nak bini, boleh tido ngan anak bini.
aku kena tido sorang2.. eii bosannya.. takut pun ada.. yelah mana tak takutnya.. member2 selalu cerita pasal hantu je seminggu dua ni.. bukan cerita kosong pulak tu.. cerita betul pulak tu.. hantu lesonglah.. hantu taik lah.. hantu menyamar lah.. eii kadang2 takut jugak.. tapi aku buat biasa aje..
yang paling bengang sekali pasal hantu lesong.. sekarang ni dah kerap sangat bunyi lesong dia.. tak kira siang malam.. kadang2 aku buat selamba aje, kadang2 ngilu jugak hati kecik aku.. tu yang sampai pagi tak leh tido.. biji mata jadi keras tak leh nak tido langsung..
dah susah nak tido.. bagun pagi kena iron baju pulak.. ikut hati mahu je aku pegi keje ngan sluar jeans, tak payah iron baju..
apa2pun... minggu depan aku dah nak pegi ambik anak bini aku..

Monday, January 16, 2006

2006

Ihk.. lamanya cuti… malas benor rasanya nak update blog.. tapi tahun baru 2006 ni, perkataan “MALAS” sudah tidak lagi dalam kamus hidup aku.. aku nak jadi org yang rajin dan berjaya sentiasa.. sesungguhnga org yang malas tidak akan berjaya…
Seseorang yang berjaya tidak pernah menyerah dan orang yang menyerah tidak pernah berjaya.
Kejayaan lebih berakar pada sikap dan bukannya pada bakat.
Kejayaan ditemui oleh orang yang berusaha bersungguh-sungguh mencarinya.
Kejayaan dan kegagalan adalah pilohan. Pilihlah untuk berjaya.
Tidak ada seorang pun yang dapat menghalang anda untuk berjaya kecuali diri sendiri yang memang tak nak berjaya.
Langkah pertama untuk berjaya ialah, mahu dan berminat untuk berjaya.
Kejayaan dalam sesuatu hal kecil akan menarik kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan.
Semua manusia ditakdirkan untuk berjaya, jika mereka mempunyai kesanggupan.

Semoga 2006 adalah tahun yang gemilang untuk semua..