Thursday, March 31, 2005

kembali ke rahmatullah...




sedih memang sedih.. tapi nak buat camana.. aku terpaksa... bukan aku sengaja.. tapi memang sengaja pon.. tapi nak buat camana.. aku dah tak sanggup lagi tengok bob menderita, sebelum dia menemui ajal.. bob amat mesra dengan aku dan anak aku.. mana tak nya.. tiap kali aku menghampirinya, dia akan ajak aku bermain dengannya.. tapi.. kelainan telah berlaku pada bob.. bob mula lemah.. bob akan cuba meninggikan kepalanya apabila aku dan anak aku tak dapat luangkan masa bersamanya.. bob seakan-akan kaku,,. aku cuba bermacam-macam ubat.. aku cuba ubat yang kaler hijau.. kaler merah.. dan yang terakhir sekali aku cuba ubat yang macam penadol.. cina tu cakap ubat nie 'kuat'.. so aku cuba lah..
keesokkan harinya, aku lihat bob back to normal.. alhamdullilah.. bob mula bermain dengan kami... rupa2nya... itu lah hari yang terakhir aku.. bermain dengan bob.. bob dah terbalik.. terbalik macam papan.. tapi masih ada nyawa... aku cuba betulkan badanya.. tapi masih tak boleh.. dia akan terbalik semula.. bob dah tak boleh mengawal badannya lagi.. pating anak aku... menjerit2 menagis.. tengok bob.. aku tahu... isteri aku pun sedih jugak... so aku ambik keputusan, aku nekad melepas takdir bob ke dalam parit yang tak jauh dari rumah aku... mana tahu, kot2.. ada kesempatan, nyawa bob masih panjang... masa tu lebih kurang 9.30 mlm, hujan masih belum berhenti, bob aku angkat pelahan-lahan dan membawanya ke dalam kereta, bob hanya diam dan tak melawan, dia sakit..... kami sekeluarga berhenti di tepi parit yang gelap di tepi jalan, parit yang gelap, aku cuba terangkan dengan menggunakan cahaya lampu kereta aku... di keheningan malam yang bercampur titisan hujan yang kadang-kadang lebat membuatkan aku lagi sedih... tapi terpaksa aku buat jugak... "bob telah aku lepaskan ke dalam parit"... selamat tinggal bob....

Thursday, March 24, 2005

hidup hari ini


ni.. nama dia 'bob'.. kerje dia, nak main je..... tapi lembab sikit... kalau takde orang main dengan dia.. dia tido je..


ni.. nama dia 'bonjour'.. malam semalam dia makan tangan patin... meraung patin di buatnya... jenuh aku pujuk... mungkin bonjour lapar agaknya,..


ini lah jari yang yang kena gigit oleh 'bonjour'... (jari yang patin tunjuk)


tapi sakit kejap jer.... jari yang kena gigit masih boleh main gitar...

Tuesday, March 15, 2005

Kejohanan renang MSN yang tak best


bengang betullah... anak aku dah get ready nak gi kolam... ada pulak member call, kolam renang tutup pasal ada kejohanan renang MSN... takleh mandi.. abis terpaksalah kolam kecik dikeluarkan.. nak buat macamana.. kolam renang tutup terpaksalah , mandi kolam ni..


"abah... susah nak berenang lah.. kaki atin terkeluar dari kolam"



Takpelah... kecik pun kecik lah..janji kolam renang.. best jugak... tak lah... ramai orang...



"kecik betul lah bah... abah belilah.. kolam yang besar sikit"


"tapi kalau tido camni, baru muat.... besttt"




"rasa macam tak nak keluar je dari kolam ni"



"macam mana ni? bah... atin takleh berenang ni..



"ni.. atin punya.."..



"aik,,, macammana nak masuk,.. kecik sangat.."



"pinjam google abah jap" jap je..



Monday, March 14, 2005

balik kampung



aik,,, mana driver nie.. tak nampak pun.. mesti kecik driver nie..



amboi... lajunya... hampir 12okm/j tu.... saman speed trap yang lepas tak bayar lagi... sapa nak bayar nie.. nak pegi mana nie... yang bawak laju sangat nie... hargailah.. nyawa anak dan suami anda..



patut pon.. anak dah tido..



dah sampai dah...

cuti hujung minggu..

cuti hujung minggu..?, nampaknya aktiviti biasa yang kami lakukan. bangun awal pagi.. pergi jogging.. fatin main taman kanak-kanak.. pas tu makan nasi lemak.. tu lah... aktiviti biasa..
tapi ada sedikit yang mencemarkan cuti hujung minggu aku.. dan.. tak best mata memandang... sakit mata sangat.. ada ke tengah-tengah orang ramai macam tu.. boleh pulak dia bercengkerama.. buat malu betul... org islam pulak tu.... tak malu ke.. kalau ye pun... bercinta bagi nak rak... jangan buat depan orang ramai.. pada mulanya aku ingat nak gi sound je... tapi pikir dua kali pulak... takpe lah... tak leh tegur dengan mulut, tegur dengan hati dah lah.. yang penting kita tak suka aktiviti yang diorang buat... maksiat.... tuhan marah..





fatin tengah menikmati.. ruang masa cuti hujung minggu di padang polo



segelintir manusia yang tak tahu malu... (apa yang mereka buat, kadang2 mereka tak sedar. apatah lagi mak bapak mereka yang dok kat kampung)

Tuesday, March 08, 2005

teka otak

Dibawah ini ada 3 soalan.
Anda dikehendaki menjawabnya terus, tak perlu nak
fikir panjang-panjang daaa...SELAMAT BERJAYA



OK? Dah sedia !!!1 Kita lihat berapa bijak kita semua
MULA( scroll down)

Soalan Pertama: Anda meyertai satu pertandingan lumba
lari.Anda berjaya memintas orang yg dalam kedudukan
tempat kedua.Sekarang anda berada dalam posisi tempat
ke berapa?










Jawapan:
Jika anda jawab tempat pertama, anda silap!!! Jika
anda memotong peserta yg tempat kedua mestilah anda
ambil alih tempatnya sebagai tempat kedua dan dia jadi

tempat ketiga. ...heh heh heh...
Takpa..kita cuba soalan seterusnya.


Untuk menjawab soalan kedua.....tak perlu ambil masa
yang lama seperti yg anda ambil untuk soalan pertama
tadi.
Soalan Kedua:
Jika anda memotong orang terakhir, anda akan berada
pada tempat keberapa?










Jawapan:
Jika anda menjawab tempat kedua terakhir, sebenarnya
anda silap lagi.....Mana boleh potong orang yg berada
dibelakang sekali dipotong? Macam mana anda boleh
berada dibelakang orang paling belakang
sekali......Lain lah kalau orang yg nombor satu dah
sampai belakang orang terakhir dalam satu pusingan.
Tak per....Kita cuba soalan terakhir.......Mungkin
anda masih boleh buktikan kebijaksanaan anda.




Soalan Ketiga: Soalan Matematik........Susah wooooo
Ingatan: Kira dalam kepala anda sahaja, jangan guna
kalkulator atau kertas!!!!!!!
Ambil 1000 dan tambah 40 padanya. Sekarang tambah lagi
1000. Lepas tu tambah 30. Kemudian tambah lagi 1000.
Lepastu tambah 20. Kemudian tambah lagi 1000. Akhir
sekali tambah 10.
Berapakah jumlah semua yang anda dapat?
Scroll kebawah untuk tengok jawapannya...















Jawapan:
Adakan anda dapat 5000?.......Macam betul.....Nanti
dulu, jawapan sebenar ialah 4100. Tak percaya ambil
kalkulator dan kira.

Sebenarnya otak anda dikelirukan oleh turutan desimal
tadi. Otak anda secara pantas melompat kan desimal
tertinggi daripada puluh (40 + 30 + 20 +10) ke 1000
bukannya seratus.