Tuesday, March 08, 2005

teka otak

Dibawah ini ada 3 soalan.
Anda dikehendaki menjawabnya terus, tak perlu nak
fikir panjang-panjang daaa...SELAMAT BERJAYA



OK? Dah sedia !!!1 Kita lihat berapa bijak kita semua
MULA( scroll down)

Soalan Pertama: Anda meyertai satu pertandingan lumba
lari.Anda berjaya memintas orang yg dalam kedudukan
tempat kedua.Sekarang anda berada dalam posisi tempat
ke berapa?










Jawapan:
Jika anda jawab tempat pertama, anda silap!!! Jika
anda memotong peserta yg tempat kedua mestilah anda
ambil alih tempatnya sebagai tempat kedua dan dia jadi

tempat ketiga. ...heh heh heh...
Takpa..kita cuba soalan seterusnya.


Untuk menjawab soalan kedua.....tak perlu ambil masa
yang lama seperti yg anda ambil untuk soalan pertama
tadi.
Soalan Kedua:
Jika anda memotong orang terakhir, anda akan berada
pada tempat keberapa?










Jawapan:
Jika anda menjawab tempat kedua terakhir, sebenarnya
anda silap lagi.....Mana boleh potong orang yg berada
dibelakang sekali dipotong? Macam mana anda boleh
berada dibelakang orang paling belakang
sekali......Lain lah kalau orang yg nombor satu dah
sampai belakang orang terakhir dalam satu pusingan.
Tak per....Kita cuba soalan terakhir.......Mungkin
anda masih boleh buktikan kebijaksanaan anda.




Soalan Ketiga: Soalan Matematik........Susah wooooo
Ingatan: Kira dalam kepala anda sahaja, jangan guna
kalkulator atau kertas!!!!!!!
Ambil 1000 dan tambah 40 padanya. Sekarang tambah lagi
1000. Lepas tu tambah 30. Kemudian tambah lagi 1000.
Lepastu tambah 20. Kemudian tambah lagi 1000. Akhir
sekali tambah 10.
Berapakah jumlah semua yang anda dapat?
Scroll kebawah untuk tengok jawapannya...















Jawapan:
Adakan anda dapat 5000?.......Macam betul.....Nanti
dulu, jawapan sebenar ialah 4100. Tak percaya ambil
kalkulator dan kira.

Sebenarnya otak anda dikelirukan oleh turutan desimal
tadi. Otak anda secara pantas melompat kan desimal
tertinggi daripada puluh (40 + 30 + 20 +10) ke 1000
bukannya seratus.

No comments: