Tuesday, December 14, 2004

rambutan

rambutan.. bestnya.. macam dok kat kampung,.. tu lah kelebihan yang pasti tidak akan dapat di tempat lain selain tempat keje aku.
cerita dia camni, sebenarnya tempat keje aku memang besar kawasan dia, mana tak nya. staff dia pun dekat seribu orang, student hampir sepuluh ribu.. itu PUO..
sebenarnya bukan cerita ni yang aku nak sharekan.. tapi pasal buah rambutan. rambutan ini didapati dari pokok rambutan yang berada di kawasan opis.. banyak.. buah dia merah, ada yang kuning.. bestslah..
balik keje, kami akan lepak di salah sebatang pokok dan bersantai sambil makan buah rambutan.

ni.. ada .. orang panjat pokok.. (bukan monyet!)






Friday, December 10, 2004

mie kari...





best jugak mie kari hari ni.. sebenarnya, ini makanan pagi kegemaran aku dan segelintir warga ipoh. mie kari ni lain sikit.. power.. gerai dia dah lama, tapi masih mengekalkan imej 'old timer'. dengan keadaan gerai yang usang, atap belubang, tokei gerai yang ramah. semua ini lah yang membuatkan orang masih tertarik ke gerai tersebut.
gerai mie kari ni, berada di kampung kepayang, dekat stadium ipoh.. kalau ada kelapangan boleh lah rasa mie kari tersebut. harganya pun murah.

Thursday, December 09, 2004

garaj

garaj nie, sebenarnya dah lama kau nak buat, tapi asyik tak jadi je.. baru malam tadi siap. ok lah tu.. hampir 3 hari aku buat... ahkirnya siap jugak...
biasalah, dok kat kuartes.. mana ada garaj. kesian jugak kat kereta aku.. ntah lah.. bila rumah aku siap tahun depan, siapa yang sanggup bayar kat aku.. untuk beli garaj aku..
tapi semua ni hasil keje tangan aku.. dengan member2 aku.. bangga jugak aku..



penat... tengah pasang atap zink



sekarang.. dah siap dah..

Monday, December 06, 2004

doa slamat rumah baru..




ooo... ramainya jun jemput orang baca doa selamat.. aku ingatkan dah tak dapat makan, rupanya.. kenyang aku.. best jugak.. sebenarnya jun, adalah rakan opis aku, rumah dia baru je siap.. biasalah rumah baru, buat doa slamat dulu..
sebenarnya rumah yang aku beli tu, dekat je dengan rumah jun.. nampak dari rumah jun.. dah nak siap dah.. sempat jugak aku pegi tengok rumah aku..
ada perubahan dari minggu lepas.. maknanya ada diorang buat keje... alhamdulillah..



pembinaan tengah rancak



laluan masuk ke rumah aku..


Friday, December 03, 2004

jammed...



ni gambar nak gi keje, ada 7 atau 8 traffic light yang perlu aku lepasi sebelum sampai ke tempat keje.. kadang2 habis sebatang rokok untuk satu traffic light..


tu lah... pasal.. aku pun tak tahu.. memanglah jem kat bandar merupakan perkara biasa..
tapi kat 'bandaraya' ipoh ni lain sikit.. kalau jem memang orang ipoh tak biasa.. kita kat ipoh tak biasa dengan jem teruk2.. nama aje bandaraya.. tapi traffic flow memang ok dan sentiasa terkawal.. cuma kadang2 je..
tapi itu dulu.. sekarang ni semua tu .. dah terganggu.. ini semua disebabkan oleh banyak sangat kerja2 membaiki jalan.. ihk.. benggang betul aku.. yang tak syok.. time org balik keje.. tengah sibuk.. traffic pick hour.. pun diaorang buat keje.. ada yang tahan kereta tengah jalan, ada yang drebar tractor, ada yang drebar mentadak.. ihk mengarut lah... orang tengah ramai.. kereta tengah banyak.. patutnya.. berentilah dulu... buat time malam ke..

aku pun tak faham.. ada yang tak reti bahasa, dengan memandu macam hanturaya.. potong q.. ikut kan hati mau je aku langgar bontut keta dia.. tapi sabar... aku kan dah jadi pemnadu berhemah.. memang azam aku tahun lepas,,.. aku dah tak nak kena saman traffic lagi..

Thursday, December 02, 2004

rumah oh rumah..

alhamdullilah.. dah naik dinding rumah aku.. kalau nak kira progress dia cepat jugak lah.. ialah mana tak nye.. baru ahad lepas aku pegi, rumah aku tak macam tu lagi..
kira ok lah tu... pemaju janji bulan 6 tahun 2005 siap.. ntah siap ke tak, aku tak tahu.. insyaallah siap kot...
apa2pun.. aku memang tak sabar nak duduk rumah sendiri.. sebenarnya ramai kengkawan aku dah beli rumah kat kawasan perumahan tu.. aku tengok macam best jer.. sebab tu aku beli rumah ni..


ni bahagian depan rumah aku.. baru naik dinding bata..


ini bahagian dapur rumah aku.. kira oklah.. jarak dapur rumah aku dengan dapur rumah bertentangan agak jauh jugak.. ok lah tu.. ada lah sikt ruang udara untuk aku bernafas..

Wednesday, December 01, 2004

Terengganu



lupa pulak aku.. sebenarnya dah lama aku nak publish kan cerita ni, tapi lupa nak buat camana..
'Terengganu' satu negeri yang amat cantik dan menarik..
gambar yang kat atas tu hanya kita boleh nampak apabila kita menyusur masuk ke bandar kuala terengganu melalui jambatan sultan mahmud.. memang cantik.. dulu jambatan ni dikenakan tol 50 sen setiap kali melaluinya, tapi sekarang takde lagi.. dan mungkin akan dikenakan tol semula kot.. aku pun tak tahu... biasalah dasar kerajaan yang berbeza2.. apa2 pun rakyat cuma memerhatikan sahaja..
opp kelain pulak aku... sebenarnya gambar ni akau ambik semasa raya puasa baru2 ni..
banyak tempat yang aku lawati.. antaranya Masjid Putih atau pun lebih dikenali sebagai Masjid terapung, atau dengan nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah.. semua tu samalah, jangan confuse pulak.. memang cantik Masjid ni.. kalau kita tengok memang ianya terapung di atas air, kerana di sekelilingnya di penuhi air dan tasik, kalau nak ke masjid, mesti melalui jambatan yang disediakan.
disamping itu juga disediakan gerai cenderahati di laluan masuk ke masjid..
memang tempat ni menarik untuk dilawati disamping jangan kita lupa untuk sembahyang jika masuk waktu sembahyang..(bukan setakat melawat dan ambik gambar aje)..
sebenarnya banyak lagi aku nak cerita.. mungkin esok kot..

ni peta Lebuhraya Pantai Timur.. aku balik melalui lebuhraya ni lah... dari ipoh ke kl ke karak dan masuk melalui lebuhraya ni keluar di kuantan, kadar tol dari karak ke kuantan RM19.70..



lebih adil bagi aku supaya balik ke terengganu melalui LPT dan balik semula ke ipoh melalui Lebuhraya Timur Barat.. jarak lebih kurang sama je antara dua laluan tu... Ipoh ke Paka -+ 550 KM...
apa2 pun aku dah mempunyai pilihan..

Tuesday, November 30, 2004

Satu games tiga token





yang ni.. fatin dengan batrisya... dia ni anak jamri



gembiranya hati anak aku..

'Satu games tiga token' bengang betul.. abis.. berapa games yang anak aku boleh mainnya...
tulah kisahnya... fun fair kat sebelah makro ipoh.. sebenarnya funfair kat makro ipoh ni.. bukan kali yang pertama, dah banyak kali dah.. tahun lepas, games dia tak laku.. satu game satu token dan paling mahal satu games 2 token, tu pun takde orang nak main, pasalnya tahun lepas dia punya fun fair sama tarikh dengan 'euro fun park' (fun fair canggih).. padan muka . yelah sapa nak main kalau games buruk dan peralatan pun tak elok..
tapi tahun ni dia berlagak sikit pasal dia jer yang ada.. so terpaksa je lah aku turutkan kehendak anak aku.. yelah budak2.. nampak jer benda berpusing2, pas tu ada lampu2.. ihk bukan main lagilah anak aku.. tiap2 ari memujuk..

tapi, apa2 pun... aku gembira tengok anak aku seronok.. aku suka tengok dia main..
masa dia naik kapal berpusing tinggi tu.. dia lambai sebelah tangan kat aku sambil satu tangan lagi berpegang pada handle kapal tu..

nasib baik, dia mau balik... tulah.. kerenah anak aku.. aku sayang sangat kat dia.. dia permata hati aku.. :)





Monday, November 29, 2004

aku naib juara kejohanan ten pin bowling



Aku tak tahan dengan piala yang telah aku menangi, sebenarnya... bukan apa... aku tak pernah lagi ada piala jenis camni... kalau menang dalam sukan lain sperti bola sepak, badminton, hoki dan lain2 tu aku dah ada semua.. tapi yang aku bangga sangat dengan diri aku ni... aku dah berjaya mengiktiraf yang diri aku ni 'second best' bowler kat kejohanan bowling tertutup politeknik ungku omar ipoh.. ishk bangganya aku.. apa taknya.. dari keseluruhan hampir 200 peserta aku 'second best'.
cerita dia macam gini, untuk peringkat saringan .. empat orang satu pasukan.. tapi pasukan aku... tak best sangat..
pasukan aku terdiri daripada, Jamri( dia ni memang member aku, aku dah tahu dia punya perfomance.. taklah best sangat dia.. bowler 'D Calss'.. tapi balingan dia memang power, mungkin bola dia tak kena dengan dia...), Junaidi ( dia ni baru je aku kenal semasa mendaftar nama untuk tournament tu.. aku tak tau sangat pasal dia.. tapi.. dia main biasa je.. kurang membantu..), sorang lagi ni.. nama dia azahar ( budak sekolah... ihk2... main je ler... budak2 kadang2 ok.. tapi dia malu2).. tu lah semua rakan dalam pasukan aku... untuk acara berpasukan.. group aku... tak berjaya memenangi sebarang hadiah.. takpelah nak buat camane.. memang dari awal pun aku tak mengharap sebarang kemenangan.
untuk kategori 'masters ' pulak aku berjaya keperingkat ini dengan 474 jatuhan pin.. masa ni aku di tangga ke 4 keseluruhan.. tapi aku yakin aku boleh buat lebih dari tu... biasalah tournament.. kita berperang dengan kepala otak kita sendiri...



gini lah... aku pendekkan cerita untuk peringkat masters... masa mendebarkan sedikit... masing2.. top 8 bowler... tapi aku buat selamba jer... bukannya aku best sangat.. tapi aku cuba main tanpa tekanan... nie.. pun merupakan kejohonan besar yang kedua aku sertai... kejohanan yang pertama aku... kalah teruk... tahun lepas.. biasalah mula2.. tapi semua tu aku jadikan pengalaman yang amat berguna buat aku..
aku main macam biasa... cuba buat biasa jer... aku cuba tak tengok score pesaing aku kat monitor.. cuma apa yang aku nampak.. semua pesaing aku.. buat kesilapan demi kesilapan..
dari kesilapan diaorang aku cuba ambil kesempatan.. .. walaupun aku tak banyak strike.. tapi sedaya upaya aku main spare.. dan jaga spare aku ... alhamdullilah.. aku berjaya... dan mendapat tempat kedua...

balik rumah aku share keseronokkan aku dengan anak isteri aku.. diaorang pun seronok..

tengoklah anak aku kat bawah tu...



insyaallah... next time... aku nak sertai... kejonanan lagi besar...




Friday, November 26, 2004

Darah Tinggi & Batu karang

ni satu lagi penyakit, aku tak tahu sangat tentang penyakit ni.. tapi memang aku tahu penyakit ni terkenal dikalangan orang melayu yang senior. apa yang aku tahu, penyakit ni memang merbahaya..
bapak aku dah berbelas tahun kena penyakit ni.. tapi aku cukup respek kat bapak aku, pasal dia amat disiplin dalam menguruskan pemakanan ubat darah tinggi dia.
sampai sekarang alhamdullilah, sakit darah tinggi dia takda memberikan kesan sangat pada dia, tapi dengan syarat dia tak lupa ubat dia.

ok kat bawah nie.. aku nak kita share tentang penyakit darah tinggi pulak

Apakah dia Tekanan Darah?
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut

serangan jantung

angin ahmar

kegagalan jantung

kerosakan buah pinggang

Memastikan tekanan darah optima

memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda

tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda

kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi

kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang

kekalkan berat badan unggul

bersenam secara berkala

elakkan pengambilan alkohol
.........................................................................

satu lagi penyakit yang biasa terjadi pada orang melayu kita...

Penyakit Batu Karang
Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.




Dengan paparan ini, smoga kita sama2 menjadi warga yang sihat dan dapat menyumbangkan tenaga kita dengan berkesan.
.....sihat.......



sekian... sihat.... hidup sihat...

Thursday, November 25, 2004

my sad day is hari raya..

Tanggal hari raya ke dua aku balik ke kampung halaman ku.. di paka terengganu..
biasalah.. tak tahan rasa hati nak jumpa org tua, kampung halaman dan perubahan yang dialami.
tapi apa boleh aku buat, aku terapksa balik pada hari raya kedua. raya pertama dan hari2 sebelum raya aku aku terpaksa beraya di kg isteri aku..
tapi ini semua bukan perkara yang nak aku kongsikan..
seperti tajuk di atas, 'my sad day is hari raya'.. bukan aku sedih kerana bermaaf2fan dengan keluarga dan orang tua.. tapi apa yang aku sedihkan sangat adalah... mengenai kesihatan org tua aku.. aku amat sayang mereka.. tapi aku tak reti macam mana nak terjemahkan kesedihan aku.. aku tak reti menagis.. tapi hati kecil aku amat sedih sekali... ini semua disebabkan... berita yang aku dapat dari org tua aku sendiri..
'bapak aku dah kena penyakit kencing manis + darah tinggi + batu karang' hanya tuhan saja yang tahu tentang kesedihan aku..
tapi apa aku boleh buat... apa yang nampak, mata bapak aku dah makin rabun... kesian dia..
untuk memberi kefahaman tentang penyakit bapak aku tu..
aku kongsikan bersama dengan korang.. mengenai penyakit2 yang bapak aku alami tu.. smoga kita sama2 boleh mendapat sedikit maklumat.

Penyakit Kencing Manis

Pendahuluan
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

--------------------------------------------------------------------------------



Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Apakah Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Apakah tanda-tandanya?
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-


Sering dahaga dan sering perlu minum air.
Sering ketandas.
Terasa badan lemah.
Berat badan turun dengan cepat.
Penglihatan semakin kabur.
Terasa pening kepala.

Golongan berisiko tinggi.
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
Mereka yang berat badan agak tinggi
Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil

Perubatan
Perubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Melakukan senaman dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)
Ubat berbentuk pil yang dimakan.
Suntikan.
Pembedahan. (Pada masa akan datang)



Dianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan minum mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan 11% mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)

2. Ubat berbentuk pil

Ubat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. Ia sering digunakan dan sering menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis pada masa ini dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut. Oleh kerana itu, cara pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang disini. Bagaimanapun untuk semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan yang ditetapkan. Kegagalan mengikut arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah boleh membawa maut.

Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman, melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan ini juga mengelakkan keadaan di mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit perlu beralih pada suntikan insulin.

3. Suntikan

Terdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-

Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin dependant diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan suntikan insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus hidup.

Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan maksima.

Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada masa ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita merasakan berat untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang kembali tentang fahaman kita tentang penyakit kencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam darah supaya tidak timbul penyakit-penyakit lain!

4. Pembedahan

Pembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar pankreas telah berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada manusia mungkin membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya

stakat ini dulu yang aku dapat cari dan berkogsi dengan korang.
aku tak ada gambar Paka, tapi aku sertakan juga gambar anak aku kat 'pantai paka aje'.








Rumah aku






Rumah aku... baru naik tiang.. tapi masa ni.. gambar sebelum raya puasa lepas (2004)
aku beli rumah ni.. dengan harga RM121800.. aku rasa macam tertipu. bukan tertipu apa.. masa aku nak beli harga dia RM119800.. tapi bila aku nak sain je S&P dia cakap.. rumah harga tu dah abis.. yang ada harga lain.. mahal sikit .. RM121800..
aku tak kisah lah... pasal dah nak sangat rumah tu... aku pun belilah...
tapi silap aku jugak.. pasal beli rumah, macam beli ikan kat pasar jer... tak gi siasat dulu.. so aku pun jadi beli rumah tu..
nak kan jadi cerita... pas seminggu aku beli rumah tu.. ada pesta hartanah kat stadium indera mulia kat ipoh, banyak syarikat hartanah ambil bahagian. syarikat rumah aku pun ambik bahagian..
yang jadi kau terkilan sangat tu... bukan apa...
cerita dia camni... masa pameran hartanah tu... biasalah.. aku menyamar macam takbeli rumah agi... aku pegi kat syarikat rumah yang aku beli tu.. amboi... bukan main lagi dia promosi rumah tu... dengan harga "RM119800".. dua, tiga kali aku tanya.. dia cakap memang harga tu.. aku tak puas hati... aku tunjjuk plan rumah yang aku beli tu... dia cakap memang harga RM119800... memang sah aku dah terkena.. tapi nak buat camane... geram ajelah...
esoknya aku telepon salesgirl tu... dengan selamba dia jawab.. dia cakap dia dah bagi tau kat aku memang harga tu dioffer kat aku... memang celaka betullah.. dia up dia punya komisen lah tu... apa .. apa lagi..






raya puasa 2004




aku dan patin masa raya kat trg.. raya gi pantai.. bestt ombakkk



inilah kuih raya yang paling glamour pada tahun 2004 'Almond London'



Sebenarnya, gambar nie.. aku ambik sebelum malam raya.. sehari sebelum raya.. sepatutnya kami dah kat kampung belah isteri. tapi nak buat camane kereta aku belum siap lagi hantar servis.

Fatin



ni.. gambar anak aku... dia suka sangat tengok race... risau aku... tapi dia pompuan.. baru 2 tahun lebih..




ni gambar... baru je bagun tido..

:..hari ini...




ini gambo anak aku dgn sepupu dia, nama afiq mustaqin.. masa kecik dia ok.. tapi bila besar dia nakal sikit... biasalah budak2.. si mustaqin ni.. dia ada adik sorang lagi.. nama dia afiq haikal.. tapi gambor dia aku tak upload lagi..



ni sepupu fatin gak, yang laki2 tu.. nama dia boy, nama betul adam (made in tapah), yang pompuan tu nama dia nisha.. diaorang nie.. made in melake..