Monday, October 01, 2007

lamanya tak gi kl








mak oi.. lamanya aku tak gi jalan2 dan shoping di sekitar kl tu..

last aku jalan kat k.l pada tahun 1993.

yang lain cuma aku pergi atas dasar tugas dan kerja. maklumlah time kita bertugas, kita cuma buat keje, abis keje balik hotel. dari hotel pun org akan datang ambik.. so mana nak tahu sekitar k.l..

balik dari k.l, aku terus buat karamel.

Monday, September 03, 2007

merdeka field day



ramai rakan-rakan yang datang menolong untuk set up 'merdeka field day' di perkarangan Ungku Omar Polytechnic.

alhamdullilah.. tahun ini rakyat malaysia menyambut kemerdekaan negara yang ke 50 tahun.

tapi aku pun tak berapa pasti dengan angka 50 itu. adakah dengan angka 50 tahun itu, kita sudah matang seperti angka 50 yang matang itu..

tanya-tanyalah pada diri masing-masing.
tahun ni aku sambut merdeka lain sikit, dairi merdeka aku diselit dengan hobi yang aku sayangi.. apa lagi kalau tak, amateur radio.

merdeka field day, bertujuan men war - war kan tentang kemerdekaan kita yang ke 50 tahun ke serata dunia dengan menggunakan HF radio.

terpegun juga aku melihat radio set HF yang digunakan pada hari itu. teringin juga hendak memilikinya, tapi apakan daya, harganya mencecah 4 ekor lembu kelas A.

Apa yang terdaya aku hanya berjaya setup satu base station aku..

pesawat = icom ic2200h

anntena = slim jim

ketinggian anttena = 25 kaki dari aras bumi.





Friday, July 20, 2007

hobi baru - amateur radio







ini radio pertama aku...



tapi nasib tak baik.. aku terbeli uhf frekuensi.



tapi takpe, kat ipoh dah mula guna uhf.


aku dah ada pesawat baru icom ic2200h..

p/s: maap lah kat rakan yang masih setia memantau.. aku sekarang ni .. sudah ke udara, .. macam tu di infokan..


very powerfull..


anntena aku gunakan slim jim dengan ketinggian 25 kaki dari aras bumi sahaja.


aku dah mula set up.. base station aku kat bilik tido..













Sunday, May 13, 2007

selamat hari ibu

slamat hari ibu?
mungkin pertanyaan itu akan muncul dari ibu aku kepada aku..
sebenarnya aku tak pernah mengucapkan hari ibu atau hari lahir kepada mak aku..
itulah kenyataanya..
mungkin mak aku akan terkejut jika aku melafazkan perkataan tu..
bukan aku tak sayang ibu aku.. malah aku terlalu sayang dan hormatkan org tua aku..
tapi mungkin kerana aku tak biasa dgn ucapan2 yang hanya mengikut hari atau bulan2 tertentu..
slamat hari ibu, hanya disediakan 1 hari sahaja setahun.. dan dalam masa 1 hari semua orang akan mengucapkan hari ibu dan meluahkan rasa sayang pada ibu masing2..
ntahlah siapa yang reka hari ibu aku pun tak tahu..
tapi yang nyata.. perasaan sayang dan perbuatan sayang pada ibu perlu ada pada setiap detik... dan bukan pada hari2 tertentu sahaja.

apa2 pun selamat hari-hari ibu buat
ibu kepada aku pn halijah
ibu kepada anak2 aku azlin
ibu kepada isteri aku pun zaiton
..
selamat hari-hari ibu..

p/s : selamat hari-hari ibu.. boleh digunakan sepanjang tahun..

Friday, May 11, 2007

hoki kat stadium sultan azlan shah

hari ke dua, anak aku jadi penyokong kuat korea.
penyokong kuat... anak aku la..







harap malaysia boleh menang la..



Thursday, May 03, 2007

dairi hidup bulan mei



























adik aku doa orang kawin serentak.. penat aku..
semua ada cerita masing2.
tahniah buat Ahmad Azahar & bini dia serta Ahmad Azlan & bini dia.
tapi yang paling best, lepas majlis kawin aku bawah Fatin dan Raudhah pusing KL..

Monday, April 02, 2007

kaki dalam tayar..

hari ni aku datang opis.. walaupun cuti.., aku datang ngan si fatin.. bezanya cuma, aku terpaksa dukung si fatin naik tingkat dua.. hari ni di pun cuti.. dia takleh berjalan.
kaki dia sakit..
kaki dia..
masuk dalam..
tayar..
motosikal..
kaki dia luka..
kaki dia bengkak..
kesian dia..
nasib baik aku cuti..
nak buat camana..
memang dah rutin aku, hampir setiap hari aku round taman dgn menaiki motor...
semalam kaki dia masuk dalam tayar..

Monday, March 12, 2007

mencelah..

ntah lah dah lama betul tak mengedit blog ni.. yang sebenarnya, walaupun tak sempat nak edit, tapi aku masih sempat untuk menyapu dan mengbuang habuk yang terlekat kat blog aku ni..

apa2 pun, aktiviti hari minggu aku berjalan macam biasa bermula minggu lalu.. sabtu ahad aku dah tak keje lagi.. so boleh lah aku meneruskan aktiviti dgn anak2 aku.

minggu lalu kami pegi fashion show (pagi) pastu kita gi tengok org buat iklan castrol kat ipoh old town..
pastu gi mandi kolam air panas kat lubuk timah...
pastu penat dan terus balik rumah..







halamak.. bergayalah.. anak aku ni..









si kakak pun bergaya gak... sesuailah ngan tema..





aku rasa.. gambar ni cukup cantiklah...

si fatin ngan sepupu dia ... kul 6.30 pagi sebelum cari sarapan pagi kat pantai paka terengganu(cuti raya cina lepas)

Wednesday, January 24, 2007

ada apa dengan hadiah


ntah... beratus kali aku call bini aku.. tapi tak angkat2.. apa hal pulak ni..
rupa2nya dia tertinggal henpon.. ee bengang betul aku.
balik rumah baru aku nampak henpon dia ada tertonggok kat belakang tv.

nak buat camana terlupa..
bila dia balik dia cakap henpon tertinggal.. lagi pun dah expired date.. kredit ada lagi..

tanpa berlengah2 lagi aku memberi satu hadiah untuk bini tersayang..

nak tahu apa aku bagi...
jeng2..

aku belikan prepaid & sebilah pisau yang cantik yang dioffer kat opis aku.. pastu aku balut ngan kalender tahun lepas. dan letak bawah tudung saji..
romamtaik tu...
bila bini aku balik.. dia terkejut.. dan terharu..
he... hee..

ari ni aku dapat sms dari dia.. 'terima kasih di atas cinta dan kasih sayang ini... i lovu abg..'

ee.. aku rasa macam baru kawin je..

Tuesday, January 16, 2007

minggu lepas...

terasa baru lagi..
aku rasa baru minggu lepas aku ngorat makwe ni..
masa tu aku industrial training semester akhir degre kat shah alam, makwe tu belajar kolej kat kl. makwe tu satu kelas ngan kawan baik aku.. aku minat kat dia..
pas tu dia dia jadi awek aku..
baru lagi... kami dating... kat sunway pyramid, kat ss 15. kat klcc, kat kg baru, kat menara kl, kat panggung wayang.
aku rasa baru minggu lepas kami makan sama-sama kat kg baru..

tapi baru aku sedar yang 'minggu lepas' itu adalah hampir sepuluh tahun yang lalu...
minggu lepas yang sebenar adalah..
1. fatin zahra dah ke tadika.
2.bermula minggu lepas jugak aku kena hantar dan ambik fatin ke sekololah setiap hari.
3.makwe tu dah jadi bini aku yang sah sejak 6+ tahun lepas.
4.makwe tu dah bagi aku dua anak yang comel.

p/s: masa berjalan bergitu pantas sekali.. dan tidak pernah menoleh ke belakang