Wednesday, December 21, 2005

dapat dah genDua...

alhamdulilah aku dah dapat genDua aku.. dah lama sangat aku tunggu, dah tak larat lagi aku tunggu..
dari bini aku tak beranak, sampai bini aku beranak.. macam hal tunggu keta genDua ni..
kesimpulannya aku tunggu keta ni selama satu bulan lebih aku tunggu..

Tuesday, December 20, 2005

TQ semua




Assalamualaikum... terima kasih aku ucapkan kepada ramai orang yang telah
menolong aku dan kami sekeluarga. terima kasih yang pertama saya ucapkan kepada
pihak Hospital O&G dan First Class Ipoh kerana telah memberi khidmat yang
terbaik kepada isteri saya untuk melahirkan seorang anak yang comel yang dan telah
dinamakan dgn panggilan  "RAUDAH". terima kasih sekali lagi di atas jasa2
nurse dan doktor di sana. tiada apa yang dapat aku berikan selain dari ucapan
terima kasih.. tapi atas dasar seronok sangat tengok anak no 2 aku tu.. aku
telah membeli KFC buckets kepada staff O&G Ipoh ..






tepat jam 9.10 pagi hari jumaat 9.12.2005.. raudhah selamat dilahirkan,
alhamdulillah setelah penat hampir dua atau tiga hari aku berulang alik ke
hospital.. mungkin agak susah sikit Raudhah lahir.  mungkin jugak, anak aku
yang pertama dilahirkan secara casearean. so raudhah ini kira macam anak
pertama jugak lah. kesian aku tengok bini aku.. apa taknya, aku dibenarkan
masuk tengok isteri aku bersalin dalam labour room tu. kesian jugak. tapi staff
kat  Hospital bahagian O&G Ipoh memang first Class betul. diaorang punya
servis dan khidmat nasihat amat profesional sekali... time kasih untuk semua
staff O&G Ipoh. sape2 rasa nak beranak, sila  beranaklah kat  unit O&G
Ipoh. memang puas hati.. kalau aku mampu peluk semua staff kat situ untuk ucap
time kasih, aku akan peluk. tapi nak buat camana aku tak mampu peluk. mungkin
kalau aku peluk semua nurse kat situ, diaorang ingat aku giler pulak. dan tak lupa juga, ucapan setinggi2 time kasih kepada mak mertua aku hjh zaiton yang bersusah payah tunggu bini aku, mak aku pn halijah, adik2 aku yang datang, dan semua yang lain walaupun tak datang tapi tetap mengambil berat tentang kami sekeluarga.







teme kasih yang tak tehingga jugak kat member2 aku yang turut menbantu aku
selama .. maklumlah aku kan takde keta.. dahlah takde keta, bini beranak pulak
tu.. eii susahnya.. tapi alhamdulilah semua kawan aku amat perihatin dan sampai
aku tak rasa yang aku takde keta.. time kasih yang tak terhingga kepada 
cikgu syed omar, en  kamarul hisyham,  en ghazali, cikgu anif, en
muralis dan banyak lagi... yang turut menjayakan kelahiran anak aku. time kasih
semua.. tanpa korang semua mungkin aku penet sikit.







setelah selesai semua Raudhah dan bini aku dihantar ke wad.. alhamdulillah
esok semuanya boleh balik..






Kak Fatin dan sepupunya Nurul Effa Umairah sedang sabar menunggu kehadiran
adik Raudhah.

Wednesday, December 07, 2005

Tak dapat lagi.....




booking 18 November 2005

Monday, December 05, 2005

dalam penantian..

aku masih menantikan kelahiran anak kedua aku, due date 25 Disember ni, tapi masa anak aku yang no 1,. 3 minggu lepas dah kuar dah.. yang sekarang nie lambat sikit.. takpelah.. janji sihat walafiat, mak mertua aku pun dah datang nak jaga bini aku.. apa2 pun sekarang ni, tiap2 minggu kena gi klinik check perut bini aku.. tapi doctor cakap, kalau sakit terus gi spital bersalin.. apa2 pun aku masih menantikan kelahiran anak aku yang kedua ni.. ( aku nak sangat anak lelaki pulak).
semalam aku gi tengok rumah baru aku, dah lama sangat aku tak tengok.. hampir 4 minggu aku tak gi tengok, maklumlah keta tak de.. nak gi ngan motor tak larat.. jauh tu.. 20Km dari rumah aku.. dari pemerhatian aku dan member2 aku yang pergi tengok sekali ngan aku, masing2 cakap "ihk lambat lagi ni".. tak tahu lah aku.. tapi yang nyata semua dah siap.. cuma tunggu sambung air dan api jer.. pemaju cakap, awal bulan 1 boleh dapat CF.. apa2 pun aku masih menantikan rumah baru aku ni..
kereta? tak tahu lah.. camana, aku masih juga menantikan keta baru aku, ini dah kali yang ke 67 dia janji ngan aku.. minggu lepas dia cakap before 7 of disember.. ari ni dah 5 ari bulan, just wait and see je lah.. tapi kalau tak dapat gak pada 7 ari bulan nie, aku kan gi serang ala2 al-qeda.. aku akan gi bom semua keta kat kedai dia.. apa2pun aku masih menantikan keta baru aku nie..

Friday, December 02, 2005

abis.. basah lenjun..

lenjun.. abis basah giler aku.. hujan..hujan.. tiap2 ari hujan turun.., biasanya kul 4.30 dah berenti tapi semalam 5.30 tak berenti lagi, abis nak buat camana.. balik je la. baju hujan takde.. mengigil aku dibuatnya.. nasiblah aku.. sekarang ni dah masuk dua minggu lebih, keta aku masih tak dapat lagi.. entah sampai bila aku akan basah lenjun lagi.. samalam aku dah beli baju kalis hujan.. ok gak.. kurang sikit basah kot? oleh kerana bengang sangat pasal keta aku lambat sangat dapat, semalam aku hampir buat keputusan bodoh .. petang smalam, dalam keadaan hujan aku telah meronda di kedai used car untuk mencari keta2 buruk untuk dipakai sementara.. dah banyak keta buruk aku gi tengok.. tapi semuanya lebih dari RM2000 hengget.. nasib baik aku sempat berfikiran waras lagi.. aku tak jadi nak teruskan niat beli keta buruk tu.. kalau aku beli keta buruk tu, aku nak buat apa lepas aku dapat keta baru aku? nak jual tak laku.. jawab dia, jadi baja tanah je lah.. nak bagi kat orang pun, belum tentu ada orang nak.. kalau kat kampung tak pe.. so ari ni aku dah ready ngan baju kalis hujan aku.. harap2 tak basah lenjun lagi

Thursday, December 01, 2005

friends

memang aku dah tahu, susah sangat kalau takde keta.. tapi nak buat camana, salesman tu cakap dua hujung bulan 11, sekarang dah bulan 12. aku call dia, dia cakap delay 1 @ 2 weeks.. bengang aku tak puas hati aku. smalam aku gi jumpa manager dia.. manager dia cakap before 7 of 12, u akan dapat.. tak tahu lah betul ke tak.. kalau before 7. ari ni pun before 7 jugak.. kesian kat aku..
bukannya aku booking mercedes ke jaguar ke.. keta poton je.. pun lambat jugak.. eii frustnya aku..
camana tak frust, dahlah bini aku nak beranak.. keta takde.. nak gi check up perut dia lagi.. takkan nak gi ngan motor.. takut aku.. buat masa ni aku selalu menyusahkan member2 aku. aku slalu pinjam keta diaorang.. alhamdulillah aku dikurniakan dengan member2 yang boleh berkongsi susah dah senang.. time kasih member2.. yealah.. kawann2 ni memang ramai.. cuma kita kena pandai kategorikan.. tak salah kawan ngan ramai kawan tapi kena pandai kategorikan.. ramai kawan yang nak sronok jer.. tapi untuk cari kawan time susah tak ramai.. tapi alhamdulilah aku banyak kawan yang boleh share senang dah susah..
kawan yang baik ni.. dia tahu tentang kesulitan kita dan selalu ambik berat pasal kita.. tapi kita jangan ambik kesempatan terhadap apa yang telah mereka berikan kepada kita. dan jagan kita lupa dan selalu juga ambik tahu pasal mereka..

Monday, November 28, 2005

masihkah ada raya...

ntahlah.. aku langsung takde cerita raya.. tak raya ke aku ni? sebenarnya banyak sangat, terlalu banyak cerita raya.. makan kuih, jalan jem, tanah runtuh, 13 jam perjalanan, minum sirap, gi ziarah, raya sana, raya sini, keta buat hal, dan macam2 lagi lah.. tapi semua tu hanya satu tujuan.. iaitu kita sama2 beraya dan memohon kemaafan..

bermaaf-maafan



menjalinkan perhubungan



mengeratkan silatulrahim



anak aku dan sepupu dia nurul faradina nisa

Tuesday, November 22, 2005

allah selamatkan aku..

Pada
hari ini aku telah dilahirkan ke dunia ini...


happy birthday untuk
aku.. smoga tuhan memurahkan rezeki aku, memudahkan segala kerja aku,
memanjangkan umur aku, memberikan kesihatan untuk aku dan menjauhkan segala keburukan
dan kesulitan..


amim

Monday, November 21, 2005

Lega...

Tak taulah.. apa nasibku.. bukan mood raya atau mood malas.. sebenarnya lepas je raya, aku rasa macam ni.. nak memblogkan diri pun aku rasa malas.. bukan aku tak jujur tapi aku takde mood.. ianya berlaku disebabkan oleh satu kuasa yang amat kuat, dan tidak mampu ku tolak.. aku hanya berserah..
Memang aku tak mampu pun pasal tak larat… hah tak larat.. tak larat ape.. tak larat nak tolak.. nak tolak? Tolak ape? Tolak keta aku lah….
Tu lah masalah aku yang menyebabkan aku tak de mood.. yelah keta aku buat hal, padahal baru je aku servis… bukan nya murah, skali servis abis RM300.. takpelah kalau OK… ni ok sebulan je pas tu jahanam balik… nyesal aku beli keta macam gini..
Dulu konomnya.. nak konvoi ramai2 masuk hutan.. belum masuk hutan dah jahanam.. frust aku..
Tanggal 18 nov 2005 aku telah nekad untuk menjual KIA SPORTAGE aku.. dan petang tu jugak aku melepaskannya dengan perasaan yang amat lega.. dengan perasaan lega ni.. insyallah aku mungkin boleh membuat sesuatu yang lebih berfaedah terhadap diri dan bos aku.
Tapi masalahnya sekarang.. aku dah takde keta.. aku Cuma naik motor aje.. cuba bayangkan,.. kami 3 beranak nak naik motor skuter, tambah pulak dengan bini aku yang membawa perutnya yang besar tu… ihk susahnya.. dah jadi satu masalah lagi.. kalau setakat aku sorang je aku tak kisah.. kesian kami sekeluarga.. mintak2 lah.. salesman keta baru aku kota janji apa yang dia cakap.. hujung bulan ni aku boleh dapat keta baru aku, keta ni yang ke 5 aku ..tak tahu lah camana.. ari jumaat ni nak bawak orang rumah aku gi check perut dia.. ihk macam mana nie.. dengan anak aku lagi.. kalau setakat dalam taman tu aku tak kisah sangat.. tapi dah masuk jalan besar.. aku pun takut.. doakan kami selamat pegi dan balik… amin..
Tapi yang paling best yelah.. tak de keta duit boleh jimat banyak… betul… tak tipu.. bukan pasal tak yah isi minyak.. minyak motor kena isi gak.. yang betulnya… kami semua tak keluar rumah.. tak gi makan hangin, tak gi supermarket, anak kau dah tak mintak itu ini dan macam2 lagi.. bila aktiviti tu semua berhenti… duit aku pun berhenti keluar jugak

KIA SPORTAGE dalam kenangan


Thursday, November 17, 2005

raya dah abis..

1.Tak ada cerita raya


2.Tak ade duit raya


3.Hari raya dah abis


 



ntah lah.. apalah nak jadi.. mood malas aku tak ilang lagi lah..

Tuesday, November 15, 2005

mood

macamana dengan korang lepas raya ni? aku ni masih lagi dengan mood malas.. tak tahu lah kenapa, sekarang ni pun aku hanya buat kerja yang rutin aje.. nak update blog pun dah malas.. eii ntah berapa hari lagi aku dengan mood macam ni.. aku harap.. tak lama kot..
apa2 pun aku tengah ready tunggu anak no 2 aku.. mungkin lepas lahir baby baru kot.. doakan keselamatan isteri dan anak aku..
amin

Thursday, October 27, 2005

slamat hari raya dan maaf batin

kepada semua kawan2 yang pernah jengok, sembang,parking, singgah,tengok,lepak,suka kat blog "cerita hidup" ni aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya dan maap batin. sorilah segala yang tersilap tulis yang boleh menyingung mana-mana pihak yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.. aku juga mintak maap pasal tak leh nak tuju atau buat ucapan khas untuk sorang2 macam en jamri buat tu..
p/s: pasni kita cerita pengalaman raya pulak.. asssssssssssalaaaaaaaaaamualaiiiiiiikummmmm.

slamat minum sirap dari kami sekeluarga


Tuesday, October 25, 2005

Bubur Lambuk

Camane dengan korang? Ada ke bubur lambuk? Kat rumah aku.. alhamdulillah, kami gotong royong siap kan bubur lambuk untuk diagih2kan kepada orang ramai.,.. aku ingatkan susah nak buat, rupanya senang aje.. next time aku rasa aku dah boleh buat., bukannya susah sangat. Lagi pun aku terlibat dari A sampai Z untuk menyiapkan bubur lambuk yang terbest dalam planet ni..




Kelihatan Ustaz Sani sedang tekun mengacau bubur yang hampir masak sambil dibantu oleh ustaz Aizuddin dan Ustaz Mail. (ustaz kimi takde dalam gambar dan ustaz Syed Omar kat belakang kawah bubur)




Haa… kan dah siap.. woo best tu.. hingga menjerut perut..




Proses packaging dah bermula.. mula-mula kaut bubur lambuk dengan jag ( hati-hati, panas lagi tu) pastu tuangkan ke dalam plastic air batu (plastic yang ada tali, supaya senang nak jerut beg plastic tu)




Pastu bilang beg palstik secukupnya.. dan akhir sekali panggil budak2 untuk dilantik sebagai peon, dan yang paling akhir dalam proses packaging ni ialah, pastikan peon ni menghantar bubur lambuk ke destinasi yang betul.

Pas ni.. sapa2 yang terigin nak makan bubur lambuk, boleh lah hubungi saya..
kalau nak resepi pun boleh.. no poblem

Monday, October 24, 2005

Satu Hari Dalam Bulan Pose..

alamak.. nape pulak ni,.. bagun je tido, aku tengok bini aku ada kat depan ruang tamu.. lain macam jer..
aku :pe hal pulak ni.. ?
bini aku : abg lupa ke?
aku : lupa apa?
bini aku : hari ni ari apa?
aku :ooo.. apa pulak lupa ari ni kan nuzul Al-Quran..
bini aku : teruk betul abg ni..
aku : nape pulak?
bini aku : ari ni brape ari bulan?
aku : alamak... masyaAllah... abg betul2 lupa lah... maap..maap.. happy birthday .. abg betul2 lupa lah..
bini aku : memang pun, dah biasa camtu..

begitu lah bengangnya bini aku pagi tu, abis nak buat cammane, memang aku betul2 lupa, “apa2 pun nanti petang kita celebrate kat restoran ye" aku cakap kat bini aku.. so bini aku pun diam je.. memang camtulah.. aku sentiasa lupe birthday bini aku..
petang tu kami dah tempah berbuka puasa kat restoran Warita kat Simpang Pulai Ipoh..

ni si fatin dah get ready nak gi berbuka puasa nak naik motor.. bukan nak gi dengan motor lah…, suka benor dia naik motor tu.. kita naik keta lah.. kan jauh tu..

Fatin Ingat kitaorang nak naik motor





setelah selesai aku buat tempahan makan kat restoran,.. aku tengok jam awal lagi.. baru kol 5.30 ptg,.. “jom kita gi tengok rumah dulu”..
alhamdulillah.. sampai je kat rumah.. aku tengok dah berbeza betul rumah aku dari minggu lepas.. rumah aku dah nak siap.. dah hampir siap.. tapi CF tak tau lagi bila dapat.. dah lama sangat dah aku rasa aku tunggu rumah ni siap..

sejuk jugak hati aku bila tengok rumah aku
dah macam gini..





Dekat kul Tujoh baru aku ke restoran Warita.. makanan yang aku tempah dah siap dah.. kalau tak tempah dulu, jawab dia, kami berbuka pose dengan korek idung je lah..
Woo.. besarnya bawal masak masam manis tu…
kenyang abis.. anak aku pulak, belum azam maghrib lagi dia dah bantai.. gasak je lah,.. memang best makan kat restoran ni..

sebelum buka pose.. banyak nye..





lepas buka pose.. licin..





jom balik... nanti tak sempat semayang maghrib..



Thursday, October 20, 2005

frust...

baju ngan seluar yang aku beli semalam, tak muat... frust betul aku.. seluar tak muat tak pe, baju pun tak muat .. frust aku.. yang muat cuma t-shirt ngan stokin jer..
satu hal lagi.. tadi aku baru je balik tukar baju ngan seluar yang tak muat tu.. frust lagi sekali, baju ngan seluar yang aku beli tu dah tak der.. nak buat camana, nak mintak duit balik tak boleh, terpaksa ambik baju dan seluar lain .. eii geramnya aku.. dah lah kecik.. nak tukar saiz, saiz pulak takde.. nasib.. nasib.. terpaksalah aku ambik barang yang tak berapa aku suka..
tengok pada cara cerita aku tu, macamlah aku nie.. besar sangat... aku cuma tukar.. dari saiz M kepada L je.. dari saiz 34 kpd 35 jer.., biasa aku boleh pakai.. tapi bulan pose tak boleh pulak.. pelik tu...

moral : sila cuba dulu pakaian yang nak dibeli, walaupun org ramai kat fitting room...

Wednesday, October 19, 2005

saiz...

tak betul kot.. camana bole jadi camni.. aku tak caya.. "meh saya ukur sekali lagi", aku cakap kat cina tu.. memang betul lah, aku ukur sendiri perut aku, nombor dia sama dengan nombor yang cina tu ukur saiz perut aku.. aku masih tak puas hati.. aku marah kat cina tu, " alo.. amoi., u pegi ambik lain punya tali tape.., ini tali tape takleh sudah rosak,".. amoi tu cakap, "macamana boleh rosak, itu tali, takleh rosak punya.." frust aku.. tapi aku tetap yakin.. tali tape tu yang rosak bukan saiz perut aku yang bertambah.. bukan aku tak leh terima kenyataan.. tapi semasa aku test seluar yang aku nak beli tu, aku memang dah pakai seluar, bukannya aku pakai kain.. memang dah sah seluar yang aku pakai saiz 34.. so aku pilihlah seluar saiz 34,.. bukan selai.. dua lai pulak tu.. abis,.. tali tape yang tak betul tu tunjuk nombor 35.. benggang lah aku... tapi aku ambik jugak selai.. aku malas nak test dulu.. pas ni baru try kat rumah.. tak muat mampos aku.. bukan murah..
apa2 pun ptg ni aku balik rumah aku try dulu...

Monday, October 17, 2005

Berat Badan Ideal ?

tanggal 1hb ramadhan 1426 hijrah bersamaan 6 september 2005, maka seluruh ummat Islam di atas muka bumi diwajibkan berpuasa, termasuklah aku, memang seronok berpuasa ni.. satu bulan yang ditunggu2 oleh semua orang. yelah mana taknya, bulan yang penuh berkat dan Allah melipatgandakan segala amalan baik kita.. mana kita nak cari lagi... bulan puasa nie je lah yang terbaik bagi semua orang yang amat menantikan kehadiran bulan ramadhan. tapi bukan sekadar untuk mencari keberkatan sahaja.. aku ada serampang dua mata, selain dari mendapat pahala, aku telah berazam untuk mengurangkan berat badan aku.. pasal aku rasa, aku dah berisi sekarang nie.. so masa ni lah peluang aku...
aku telah bertekad utuk menurunkan berat badan aku...
lepas je aku bersahur pada malam pertama, aku terus timbang dan tandakan berat aku pada kalendar kat dinding.. emmm.. 76 Kg.. boleh tahan ni..
aku mesti kurangkan sebanyak 10 kg... baru dapat berat badan ideal..
66Kg berat badan ideal aku.. inilah harapan dan impian aku...
hari demi hari berlalu, puasa tak pernah miss... timbang tiap2 hari..
tapi..sekarang nie.. dah masuk hari ke 15 berpuasa... aku tengok penimbang aku macam rosak jer... kadang2 75Kg, kadang2 76 Kg... tak pulak mencecah 70kg ke bawah.. aku rasa kena beli penimbang lain lah...
atau aku guna fomula yang silap kot?

(TinggiBadan - 110)+([TinggiBadan - 110] X 10%)

aku kira cam ni:

Tinggi = 170 cm
Berat = 76 kg
(170 - 110) + ([170-110]X10%)
60 + 6 = 66 kg
berat badan sekarang... masih lagi 75kg,.. time malam 76kg..



Wednesday, October 12, 2005

puasa

alhamdullilah... dah hampir semingu aku berpuasa. puasa? biasa lah, tiap2 tahun memang kena puasa. tapi aku tengok ada kelainan sikit lah., puasa aku tahun ni, antara benda yang aku perasan yelah :
1. aku lebih rajin bersembahyang terawih
2. aku dah kerap berjemaah subuh.
3. aku hampir tak tinggal semua waktu sembahyang, dan aku rasa sronok keadaan aku macam gini..
tapi ada jugak yang aku sronok smentara aje.. tiga hari saje aku sronok... pas tu aku frust,.. frust biasa aje.. mana taknye, aku berazam tak nak isap rokok dah.. sempat tiga hari jer.. aku isap balik... ntahlah bila, aku nak betul2 sronok.

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Tuesday, October 11, 2005

akau dapat anak sedara lagi...

alhamdullillah... akak aku call dia dah selamat melahirkan sorang lagi anak buah aku.. tapi cara akak aku cakap, macam frust jer... tapi aku dah agak dah.. kenapa suara dia macam frust jer...
mana tak nye.. dia nak sangat anak pompuan... tapi... boy jugak yang dapat... apa2 pun.. syukur, semuanya selamat..
raya ni.. aku nak balik kampung, nak tengok anak buah aku ni.. ntah kaler apa pun aku tak tahu... yang pasti, mesti comel dan montel.. macam abang2 dia dulu...



Thursday, September 29, 2005

Birthday Fatin











birthday fatin yang ke tiga tahun... alhamdullillah...

Friday, September 02, 2005

cuti datang lagi...

aku rasa baru sangat lagi cuti... dah nak cuti lagi... bukan apa.. aku memang suka cuti... tapi yang masalahnya, bila aku cuti duit aku pun akan bercuti jugak... mana taknya.. belum sempat aku cuti lagi, anak aku dah plan macam2.. nak gi situ lah.. nak gi sini lah... apa2 pun.. aku akan bercuti ke terangganu dan balik kampung selama seminggu.. dah dua tiga hari anak aku berkemas.. barang2 dia..
ari ni, aku ingat nak gi servis keta dulu... esok tak leh balik agi.. aku ingat isnin baru aku balik kampung..



tak sabar nak balik terengganu..


yahoo... cuti... 3 september hingga 19 september

Saturday, August 27, 2005

lama tak update

ntah lah... lama aku tak update blog aku nie.. dalam seminggu ni, aku rasa tuhan bagi aku sibuk lah... aku sampai lupa nak pikir masalah dunia luar, aku cuma pikir keje aku je... tapi allhamdulilah siap...

Wednesday, August 24, 2005

kerja kosong..

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjawat jawatan ini sila baca artikel di bawah;

Jawatan : Angkasawan


Angkasawan pertama Malaysia dijadual berlepas ke angkasa lepas pada Oktober 2007.

Angkasawan itu akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 402.34 kilometer dari permukaan bumi di antara enam hingga lapan hari.

program ini dibuka kepada orang ramai pada 13 Oktober sehingga tarikh tutup 31 Disember 2003, sebanyak 11,275 permohonan diterima.

Proses pencarian calon akan bermula Sabtu ini di Kuantan, Pahang, melalui ujian larian sejauh 3.5 kilometer yang perlu dihabiskan dalam tempoh 20 minit.

Mereka yang layak seterusnya akan menjalani pemeriksaan perubatan am serta penerbangan dan profil fisiologi yang mengambil masa 14 hari.

Lima hingga 10 calon yang disenarai pendek kemudiannya akan dihantar menjalani pemeriksaan dan latihan terperinci seperti yang disyaratkan Agensi Angkasa Rusia selama dua hingga tiga minggu.

Daripada jumlah ini, mereka seterusnya akan melalui saringan terakhir oleh agensi berkenaan di Rusia.

Kita kemudiannya akan memilih dua calon, salah seorang sebagai simpanan untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin, Star City, Rusia selama 18 bulan bermula Januari tahun depan,

rakyat Malaysia yang terpilih itu merupakan individu yang benar-benar layak dan lulus kesemua ujian yang diadakan termasuk di dalam dan luar negara.

sebanyak 894 calon termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara akan terlibat dalam larian sejauh 3.5 kilometer itu yang mengehendaki mereka menamatkannya dalam tempoh 20 minit.

Ia akan dilancarkan pada 27 Ogos ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti lima lokasi lain pada 3 September depan.

Lima lokasi tersebut adalah Kem Mahkota Kluang, Johor; Kem Penrissen, Kuching, Sarawak; Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah; Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang dan Pangkalan TUDM, Subang, Selangor.

Menurut Mazlan, sebanyak 62 calon terlibat dalam Larian Angkasawan di Kuantan yang turut disertai kira-kira 1,000 pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi, anggota tentera dan polis.

Beliau berkata, 28 lagi calon di Kuching, Kota Kinabalu (38); Butterworth (130); Subang (568) dan Kluang (59).

Beliau berkata, kos penghantaran seorang angkasawan dari peringkat awal sehingga sampai ke angkasa lepas melibatkan jumlah di antara RM76 hingga RM95 juta.

Program yang menelan belanja kira-kira RM95 juta merupakan sebahagian program mengimbangi pemerolehan 18 Sukhoi SU-30 MKM, pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Rusia akan melaksanakan pemindahan teknologi dan program ofset (perseimbangan) bernilai RM1.026 bilion, membabitkan kira-kira 30 peratus nilai kontrak.

Dalam perjanjian pembelian timbal balas itu, Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia bernilai RM1 bilion dan baki bayaran pesawat itu akan dibayar secara tunai oleh Malaysia.

Di bawah program ini angkasawan Malaysia tidak akan semata-mata berperanan sebagai `penumpang' pada misi angkasa lepas malah turut menjalankan eksperimen saintifik di ISS.

Pada asalnya, program penghantaran angkasawan pertama negara ke angkasa lepas dijadualkan pada tahun ini, tetapi terpaksa ditangguhkan.

Ia ekoran Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat melakukan siasatan terhadap pesawat angkasa lepas, Columbia yang meletup dan mengorbankan semua tujuh anak kapalnya dua tahun lalu.

(Utusan Malaysia 24 ogos 2005)

Thursday, August 18, 2005

agenda memesongkan akidah.. CD Ayah pin

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak perlu membeli dan menonton VCD itu bukan saja kerana berunsur syirik tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Katanya, VCD itu turut memuatkan lagu yang memuja Ayah Pin yang kononnya memiliki kuasa sakti.

“Perbuatan itu salah kerana pemujaan terhadap manusia hukumnya syirik. Malah, mereka yang menganggap Ayah Pin tuhan dikategorikan sebagai syirik besar kerana memuja manusia melebihi batasan.

“Hukumnya berdosa besar dan boleh mengakibatkan seseorang itu murtad jika tidak segera insaf dan bertaubat,” katanya.

Menurutnya, umat Islam yang lemah imannya sudah tentu mudah terpengaruh dengan ajaran Ayah Pin selepas mendengar lagu dalam VCD itu.

“Mereka yang mendengar lagu itu pun boleh syirik selepas terpengaruh dengan maksudnya disebabkan menggunakan lirik serta irama yang mengasyikkan.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan usah membeli VCD Ayah Pin. Mereka yang menjualnya juga boleh jadi syirik, yang menyimpannya juga sama kerana memiliki barangan syirik,” katanya.

Harussani berkata, perbuatan menjual VCD itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam.

“Tanpa disedari VCD itu yang kononnya dijual untuk tatapan, sebenarnya alat propaganda menyebarkan ajaran Ayah Pin, bertujuan menarik pengikut baru,” katanya.
----dipetik dari Harian Metro 18 Ogos 2005----

**sesiapa yang dah beli, sila bakar api.. biar jadi abu..

Wednesday, August 17, 2005

takde cerita lain.... mawi?



Masyaallah sambutan dari orang ramai, mawi tu apa? sejenis makanan? bebola ikan? kereta model baru keluaran proton? abis apasal semua orang dah tak tentu arah?... mungkin kalau mawi jadi bilal tak glamer camni..

*bilal glamer di ahkirat**

Monday, August 15, 2005

jerebu..



jerebu


Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.

Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.

Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.

Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

pelabuhan klang = darurat
kuala selangor = darurat,
ipoh ok lagi...

tutup hidung.... sakit dada..

orang hisap dadah amat beruntung.. dapat jarum dan kondom percuma pasal keadaan dah darurat...

orang pelabuhan klang dan kuala selangor... tak dapat apa pun... topeng muka pun tak dapat.. darurat jugak..
hanya tuhan yang tahu..

Monday, August 08, 2005

mawi... dan fenomena

ihk... hebat betul aura budak nie.. mana taknya.. undian sms dia saja mencecah RM 1.2 juta (harian metro) heran aku, macammana orang boleh belanjakan duit untuk mawi macam tu banyak.. sedangkan mawi tak kenal pun dia.. aku tengah kaji, kat mana x-factor yang dikatakan ada pada budak tu yang tak ada pada orang lain...
kalau kita tengok malam final tu.. aku boleh nilai secara profesional, mawi dalam kedudukan no2 aje dalam vokal tebaik, persembahan terbaik akau bagi kat amylea.. tapi semua skali dia sapu.. akau baca paper lagi, ramai orang cakap mereka habiskan beratus-ratus henget untuk vote mawi bagi tempoh masa seminggu sahaja.,. hebat budak kulai nie.. memang hebat pun, baru terpacak aje orang dah menjerit, belum menyayi lagi tu.. aku ingat dia nie ada sesuatu yang orang lain takde.. apa yang dia ada, semua org tengah tertunggu-tungu..
smalam dalam program HO-live, mawi ada bagi tau dlm perbualan talipon, dia cakap mak dia suruh dia pergi kursus Bilal, tapi kesitu pulaknya... mungkin jadi bilal tak glamer kot, tak de suzuki swift... tak leh pegang tangan pompuan.. ye lah mana tau..
memang aku nampak dia cuba kekalkan imej berzanji dia tu... tapi bila kita dah duduk dgn klompok lain... berapa lama boleh tahan..
tengok je lah... apa2 pun... aku tengah tunggu album solo dia.. aku nak beli dua.. satu letak dlm keta satu letak dalam rumah..



mawi (dua dari kiri) menang semua kategori (Utusan Malaysia)

Friday, August 05, 2005

alhamdullillah..

alhamdullilah... pagi tadi aku pegi tengok rumah aku .. masih dalam pembinaan. yelah mana taknya, setiap minggu aku pegi tengok.. takut jugak terbengkalai.. takut aku... ramai kawan2 aku yang tak bernasib baik, rumah mereka terbengkalai... penat tu. rumah sewa nak kena bayar, rumah yang tak siap nak kena bayar... ooo mati..
tapi..alhamdullilah, aku tengok rumah aku, tiap2 minggu berubah, nak kata laju sangat takdelah.. tapi ada je perubahan tiap2 minggu..
pagi tadi aku tengok, semua bilik air dah dipasang tile... cantik sangat.. pas nie.. mungkin mozek lantai pulak kot.. aku rasa dah tak lama tu.. mungkin hujung tahun ni boleh pindah lah aku ke rumah baru tu,.. insyaallah... amin

rumah aku

Friday, July 29, 2005

sakitnya bahu aku...

sakitnya bahu aku... bengang betul aku... buat penat mulut aku ajer.. maki orang.. ape pun tak dapat... mana tak nye, punya lah bodoh... ada jugak manusia bodoh serta bengong.. bawak keta macam hantu raya.. tak reti.. tak tahu...pekak.. buta..., dia ingat jalan raya bapakkkkk dia punya... apa dia ingat jalan raya tu bapak dia yang buat ke.. sami vellu yang buat.. bukan dia yang buat.. kalau dah bukan jalan raya tu, bukan bapakkk dia yang punya.. ikut lah peraturan jalan raya.. bawak elok2.. kalau dia sorang je yang nak mampos... lantak lah.. biar dia mampos sorang2... ini,.. aku pulak yang jadi mangsa..
cerita dia cam gini.. smalam aku balik keje, dalam kul 5.30ptg.. kat simpang tiga yang bertrafic light kat depan tesco dan jpj...
aku daripada j. jusco nak ke bercham.. aku macam biasa lah... lampu hijau aku terus je lah.. takkan nak berhenti..., tapi punyalah bodoh sorang pompuan cina tu.. tetiba keluar dari simpang tiga, terus dia cross jalan masuk kekanan jalan secara mengejut... bodoh ke apa.. tak nampak ke org lain tengah lampu hijau tu.. kat tepi simpang dia tu.. punyalah besar sign board tulis "BERI LALUAN".. tak nampak ke.., buta ke.. kalau dia tak bodoh dia takkan cross mengejut camtu.. masuk elok2, mula dari kiri jalan.., tengok keta lain tak de.. baru boleh kekenan jalan... tu baru orang cerdik.. tapi dia memang bodohlah..
nak buat camana nasib aku tak baik.. aku yang paling depan... aku dan suzuki V100 aku yang jadi mangsa... melekat aku kat keta pompuan bodoh tu.. nasib baik boleh bangun.. aku ingat mati dah aku.. mana tak nya.. moto belakang aku dekat ajer... nasib baik.. semua kenderaan belakang sempat brek.. kalau tak penyet aku...
aku pun cepat2 angkat motor aku.. bawak ketepi..
pompuan bodoh tu berhenti kat tepi jalan.. berguni2 aku maki dia,.. aku suruh lah dia bayar motor aku yang rosak tu... dia tak nak... geram aku.. macam nak hempok ngan helmet jer.. takpelah... tak nak bayar... dia tambah lagi kebodohan dia.. dia cakap keta dia rosak gak.. bodoh, dah lah engkau salah.. bagi tau pulak keta dia rosak.. mangkuk hanyun punya manusia... eeiii geramnya aku... mengapalah ngko dijadikan sebagai manusia.. alangkah baiknya kalau engkau dijadikan sebagai haiwan..
sampai ari nie.. badan aku sakit2... bahu aku pun sakit gak.. ingat nak gi urut sikit..
apa2pun alhamdullilah.. aku tak luka teruk..
Moral : kita tak salah, orang lain yang buat salah,.. belum tentu kita selamat.. check balik,.. apa kita dah buat salah ngan orang atau dngan tuhan...



jahanam motor aku...



ntah lah... berapa hengget pulak duit aku abis...



tak patuttt... aku tak salah.. orang lain yang salah...



aku redha dengan apa yang telah berlaku ke atas ku...

Thursday, July 28, 2005

slamat pengantin baru

cuti sekolah baru-baru ni.. aku balik ke terengganu untuk meraikan perkahwinan adik nombor tiga aku... dia kawin dengan rakan sekerja dia... senanglah dia... sama tempat kerja.. apa2 pun... selamat pengantin baru dan selamat berbahgia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. nasihat aku sebagi abang... jaga isteri baik2... dan yang paling penting, jaga ibu-bapa kita..., harta kita ilah anak isteri kita,.. harta mak bapak kita,.. adalah anak2 dia.. so... pandai2lah.. jaga hati orang tua.. sebut pasal harta nie.. ada penjelasan sikit dari aku.. , harta ialah sesuatu kepunyaan kita.. apabila kepunyaan kita .. kita boleh ambik bila2 masa yang kita suka , yelah harta kita, hak kita. Ceritanya disini.. kita adalah harta mak bapak kita... so mak bapak kita boleh ambik harta kita,.. kalau dia nak.. tak salah pun kalau dia ambik, pasal kita sebagai anak2 adalah harta dia..... tapi.. diorang tak akan mintak... so pandai2lah... bagi hak diorang..
slamat pengatin baru...



get ready nak salam ngan tok kadi... berdebar tu...



nasib baik slamat... tapi tiga kali akad... baru sah..



bila dah slamat... baru saksi sain... pak aku yang jadi saksinya.. (lepas anak dia sorang lagi...)






baru boleh sarung cincin... dah jadi suami isteri...



rombongan kenduri rumah perempuan..



mak aku terima menantu lagi...



disini lah kami tido beramai2... chalet kat kuala besut



interfame... mustakin dan si fatin..

Monday, July 25, 2005

Cuti kat Teluk Senagin





Bercuti di Teluk Senagin, kami tengah menikmati pantai teluk senangin... penat aku... semua budak nie.. tak nak naik.. nasib baik.. dua ari jer.. kalau seminggu mampos aku...




Barang2 dalam bonet keta aku, banyak tu.. macam2 ada... cukuplah... untuk dua ari...




Barang2 dalam bonet keta cik mat, cik mat lagi banyak barang2... lagipun dia dah biasa sangat dengan aktiviti cam ni...




Barang2 dalam bonet keta zali.. tak banyak pon.. sebab tu dia tutup bonet




Penat,... tido jap..




sihan.. ngn una... anak zali... tak nak naik... nak main laut jer..




anak cik mat.. nazrin




anak cik mat... kak ngah




geng2.. mandi di pantai teluk senagin




keta aku...masih cantik.. walaupun telah meredah berbagai halangan, pasir.. lubang.. tanah bukit... guna 4WD




keta cik mat... teruk keta dia sangkut dalam lubang pasir.. kena jack.. baru boleh..




nak balik dah... esok start keje....