Monday, October 17, 2005

Berat Badan Ideal ?

tanggal 1hb ramadhan 1426 hijrah bersamaan 6 september 2005, maka seluruh ummat Islam di atas muka bumi diwajibkan berpuasa, termasuklah aku, memang seronok berpuasa ni.. satu bulan yang ditunggu2 oleh semua orang. yelah mana taknya, bulan yang penuh berkat dan Allah melipatgandakan segala amalan baik kita.. mana kita nak cari lagi... bulan puasa nie je lah yang terbaik bagi semua orang yang amat menantikan kehadiran bulan ramadhan. tapi bukan sekadar untuk mencari keberkatan sahaja.. aku ada serampang dua mata, selain dari mendapat pahala, aku telah berazam untuk mengurangkan berat badan aku.. pasal aku rasa, aku dah berisi sekarang nie.. so masa ni lah peluang aku...
aku telah bertekad utuk menurunkan berat badan aku...
lepas je aku bersahur pada malam pertama, aku terus timbang dan tandakan berat aku pada kalendar kat dinding.. emmm.. 76 Kg.. boleh tahan ni..
aku mesti kurangkan sebanyak 10 kg... baru dapat berat badan ideal..
66Kg berat badan ideal aku.. inilah harapan dan impian aku...
hari demi hari berlalu, puasa tak pernah miss... timbang tiap2 hari..
tapi..sekarang nie.. dah masuk hari ke 15 berpuasa... aku tengok penimbang aku macam rosak jer... kadang2 75Kg, kadang2 76 Kg... tak pulak mencecah 70kg ke bawah.. aku rasa kena beli penimbang lain lah...
atau aku guna fomula yang silap kot?

(TinggiBadan - 110)+([TinggiBadan - 110] X 10%)

aku kira cam ni:

Tinggi = 170 cm
Berat = 76 kg
(170 - 110) + ([170-110]X10%)
60 + 6 = 66 kg
berat badan sekarang... masih lagi 75kg,.. time malam 76kg..



2 comments:

izawani said...

Amboi... nak kurus la pulak... siap buatl formula segala. Tak payah tak payah itu semua. Kalau orang tengok kita kurus, kurus la kita, kalau orang tengok kita gemuk gemuk la kita. Tapi kalau orang kata kita kurus sedangkan baju lama kita dah tak muat, maksudnya dia nak amik ati jer... hehehe...

Rakimi said...

betullah... memang ramai yang jenis nak ambik hati ni..