Monday, April 25, 2005

rokok..(tutup hidung)..


rokok? entahlah... no komen.. tanggal 23hb april 2005, aku telah memecahkan satu rekod bersih yang aku pertahankan selama 4 (EMPAT) bulan 22 hari berkecai macam tu aje.. kalau aku cerita pasal frust, aku sendiri pun dah meluat, tapi itulah kenyataanya.. aku amat kecewa dengan tindakan aku..
cukuplah... aku tak nak cerita kenapa aku sambung balik tabiat buruk yang aku sendiri amat benci tu.. dah lah.. aku tak nak cerita lagi.. tak yah lah... tah yah cerita lah.. pasal benda yang tak membawa paedah nie.. tapi soalnya, macamana boleh hisap balik?... yelah.. aku tak nak citer lagi.. aku keeceewaaa... orang rumah aku tak leh terima kenyataan ini.... anak aku... di cuma cakap..."busuk abah"...(sambil dia tutup hidung).. memang aku malu pada tuhan, kawan2 dan yang paling penting pada diri aku sendiri..
ntahlah berapa lama lagi aku boleh hidup dengan benda yang tak berpaedah nie..
... :iklan rokok amat mebazir pada kaki rokok:...

Wednesday, April 20, 2005

macamana ni?


apa ni? macam mana ni? apa ni? = ketapi kecik, macam mana ni?
macamana apa? yelah... ye lah apa... tengok betul2.. betul2 apa.., macam nie... satu soalan..
macamana gambar ni diambik? ooo... , hek eleh... apa susahnya... ambik jelah... tengok dia datang, pas tu tangkap jelah... masalahnya... posisi mana kamera nak duduk.. ooo.. kalau macam tu, si penangkap gambar tu... mesti kat dalam ketapi lain, dia ambik gambar masa ketapi bertentangan atau masa ketapi sedang berselisih..
ooo... betul jugak... habis tu kalau ada satu je ketapi, dan tidak beselisih macamana pulak...
susah tu... nak kata ambik dari tepi jalan ketapi, tak boleh pulak... pasal jalan dia tak ada kaki lima, lagi pun jalan dia kat atas jalan raya... kalau ambik dari tepi jalan, mesti gambar ketapi nampak dari bawah... abis... camana?
tapi yang pasti, ketapi ni memang tak berselisih... masa gambar diambil, maknanya takde peluang untuk ambil gambar dari dalam ketapi lain..
ihk.. pening jugak ni... persolannya betul ke gambar ni tak diambil dari dalam ketapi lain semasa berselisih...?
betul tak de ketapi lain masa tu... kalau tak caya.. tengok gambar di bawah... gambar monorail kedua-dua belah... tak de ketapi lain kan?..


oh yea... jawapan aku tahu..
gambar ni diambil oleh orang lain... so aku tak tahu lah... kusut dan buntu lah pikiran aku nak jawap soalan senang yang telah disusahkan..
oklah... dah lama sangat buang masa... aku jawablah soalan yang aku bagi dan juga soalan yang telah aku jugak cuba susahkan...
gambar nie... aku ambil dari bilik hotel di center point kl (bilik 217).. monorail ni... betul2 depan bilik aku... hik2...
tq kerana cuba berfikir soalan senang..

recover


semalam cuti hari keputeraan sultan perak... aku dipaksa oleh anak aku untuk pegi berenang, pada asalnya kami bersetuju nak gi lumut (teluk batik), semua kelengkapan dah siap dan diangkut masuk ke dalam bonet.. minyak kereta pun hampir penuh aku isi. tapi nak buat camana, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.. citer dia camni... bagun pagi kami semua dah get ready nak gi lumut untuk berkelah, bila dah siap, kami pegi sarapan pagi kat kuarters kastam.. belum sempat habis makan, anak aku nak berak.. so aku terpaksa balik semula ke rumah.. tapi kalau ikutkan anak aku.. dia tak nak berak kat rumah, dia cakap nak berak kat stesen minyak aje.. tapi aku balik jugak kat rumah... dah lepas balik berak... lagi sekali aku terpaksa balik kerumah, dah hampir 3 KM aku memandu.. kamera tertinggal... balik lagi.. apa nak buat... dah lupa, nak buat camana.. dah lepas ambik kamera,.. aku dah mula rasa malas nak terus kan ke lumut... so aku telah membuat keputusan drastik ketika kereta aku di traffic light yang ke tiga.. aku terus ke air terjun berdekatan ngan ipoh jer.. tak jadi gi lumut.. kira cover balik la... kat atas tu gambar anak aku tengah syok mandi kat air terjun lubuk timah.. mungkin dia ingat dah sampai kat lumut kot...

Tuesday, April 12, 2005

butterfingger





sebenarnya... memang banyak material yang nak aku masuk dalam blog nie, cuma aku tak de masa je.. macam2lah alasan... tak bawak gambarlah... sebenarnya.. bukan kena scan pon... cuma download je... tu pon malas... sapa malas?.. aku lah tu...
hari ni aku cuma nak discuss pasal album baru butterfingger...
ok aku mulakan kat sini... yang pertama, mengenai semua ke sepuloh lagu yang dihasilkan memang berkualiti.. amat sesuai dengan muzik progressive rock... mula2 aku tak berapa yakin tentang lagu dam album melayu yang diorang terbitkan... mana boleh si emet nyayi lagu melayu...
tapi... sampai sekarang... aku masih tak tukar cd lain lagi.... dah hampir dua minggu... 'slamat tinggal dunia" tetap no 1 lagi dalam carta muzik cd player kerata aku...
kalau korang rasa was2 tentang cd ni... beli dulu.. pas tu dengar... memang kow giler...