Tuesday, December 01, 2009

Avillion Legacy Melaka & School Holiday 24 - 27 November 2009

Raudhah menyampaikan lagu bertajuk Bagun Pagi di Bilik 14L16

Nisha & Fatin menyampaikan lagu Aku Bukan Superman

Saturday, September 12, 2009

12.9.2009 Hari Lahir Fatin yang ke 7







Alhamdulillah, hari ini genap Fatin menyambut hari lahirnya yang ke 7.
tapi tahun ini hari lahir Fatin jatuh pada bulan Ramadhan.
semoga Fatin akan terus membesar dengan sihat dan kuat..

p/s: majlis simple aje, pasal bulan pose

Sunday, September 06, 2009

Hard Reset For HTC touch

tekan, touch, macam2 buat.. semua dah tak boleh.. bukak bateri.. pasang balik.. macam tu jugak jadinya.. pda dah giler.. dia dah hang.. kerass...
dont panic..

please follow my instruction..
  • Power on.
  • Press and hold buttons marked 1.
  • Press and release 2 with stylus.
  • Release buttons marked 1 when menu comes up.
  • Press directly down on center dpad, marked 3
73.. cherio..

Monday, August 31, 2009

Tuesday, August 25, 2009

no radio.. no eat.. no drink...no.no

buzzy sangat.....
malam ni nak balik..
kerja nak siap..
minggu depan ada lagi..
kerja tak leh tangguh..
kat opis belambak nak kena settle..
aku mahu hirup oksigen segar di BM nanti...

p/s: schedule dah chek... no appointment pada 11 okt 2009... so kita jumpa di BM nanti...

Monday, August 24, 2009

First Time Berpuasa


umur 6 tahun dulu, dia tak dilatih untuk berpuasa..
sekarang dah darjah 1.. aku paksa dia berpuasa..
bersahur dia bangun untuk sahur..
pagi dia tahan lagi..
tengahari dah cakap lapar..
kul 3.00 ptg.. dah merapu..rapu..
kul 5.00 dah terpaksa disogokkan dengan duit..
kul 6.00 ptg dah mula menangis..
duit terpaksa ditambah lagi..
kul 7.00 dah tahap kritikal..
bermacam2 sesi kaunseling terpaksa dilakukan..
Alhamdullilah dia dapat berpuasa penuh satu hari..
semasa berbuka, Fatin dah janji tak akan berpuasa lagi..
peh... silap ke aku didik anak aku..

p/s: kadang2 kita kena akui cara kita tak boleh digunapakai..

Saturday, August 22, 2009

Tukar Talipinggang Hijau

pagi tak pegi sekolah.. deman..
petang Fatin pegi ujian talipinggang Hijau.. walaupun tak sihat..
aku tak confidence lansung.. dia deman.. semua step hancur masa training..
tak sangka dia boleh buat dengan baik masa ujian tu..
tahniah Fatin..
thumb up..

Sunday, June 14, 2009

GT not for sale



















minggu kedua berturut-turut.., kayuhan sederhana.. dengan trek yang yang agak bagus...
di awal kayuhan bermula dari Taman Maju melalui highway Ipoh Lumut...
kami berlima ( 9W2sbd, 9W2dfa, 9W2rkm, 9W2ndb & Cikgu Zahudi)..
walau bagaimanapun.. bang Solehan tidak dapat meneruskan kayuhan disebabkan 'lutut' yang digunakan dilaporkan ada "bunyi yang tidak menyenangkan"...
kami meneruskan kayuhan berempat saja...
kayuhan diteruskan melalui Seputih, simpang Parit - Seri Iskandar & balik ke Taman Maju.
walaubagaimana pu...
apa yang penting... "Basikal Biru GT Outpost BUKAN UNTUK DIJUAL"
RKM the Return..













Trek.. yang agak bagus.. RKM


















kacang je... sambil kayuh pun boleh jawab tepon... DFA


















alah... biasa je... NDB

Friday, June 12, 2009

Cuti-cuti Malaysia


















Balik Terengganu... ada anak sedara baru, 2 orang baru, tapi dapat jumpa sorang je. Nama dia Hakimi.. very tembam dia punya pipi.. yang sorang lagi telah di pos oleh bapak dia di kampungnya di Jerteh.




















Dalam perjalan balik sempat singgah di Tasik Kenyir..















Di sempadan K.Berang Gua Musang, terdapat santuari Gajah Liar, gajah ini di tangkap dari dalam hutan negeri Terengganu. Gajah ini dibuka kepada orang ramai untuk bergambar. Fatin bernasib baik kerana diberi peluang untuk menunggang gajah.














Fatin Zahra... dah besar, dah menjadi jurugambar keluarga..

Jalan Balik dari Paka Terengganu, melalui jalan baru K. Berang - Gua Musang - Simpang Pulai.
11 Jun 2009
9.00 Pagi
Paka - 650
Paka - Simpang B. Payung, Marang - Ajil - 12.00 tgh (725) Simpang Jln Highway baru K. Berang
772 ada jln rosak
12.00 tgh (725) Simpang Jln Highway baru K. Berang
Tengok Gajah. Rehat R&R, semayang , mandi, makan.
1.30 tgh - 824 simpang G. Musang

3.30 Ptg - Simpang Highway G.Musang - Cameron HighLand
4.30 Ptg - Cameron Highland
5.20 Ptg - Simpang Pulai.

selamat sampai..

Sunday, June 07, 2009

Duit Hilang di ATM.










T
anggal 25/5/2009.., 3.30-3.25 pm (hari gaji) , gi cucuk duit kat Public Bank Jln Maharajalela.. guna khidmat MEPS, bank asal bank Islam.

cucuk kad atm, nak keluarkan rm1000... , pas tu lama tunggu kat mesin atm... ada gambar jam tergedik-gedik..
lama tunggu.. kad atm keluar, tapi duit rm1000 tak keluar..

dah biasa kena camni... kad keluar, tapi duit tak keluar... resit penyata keluar, tapi baling buang kat tong sampah.. resit pun tak tengok apa dia cetak..

pas tu gi, Maybank Pasir Putih nak guna khidmat MEPS , nak keluar duit... masuk kad ATM check balance.. terkejut beruk duit RM1000... betul-betul hilang..

apa lagi.. pegi semula ke Public Bank buat report di. sana.. jumpa pengurus, dia cakap isi borang.. lepas isi borang baru dia akan siasat.. ( ciss siasat apa duit aku dah terbang).. dia cakap tunggu dalam masa 1 - 2 hari.

pas tu, pergi ke Bank Islam, buat prosedur yang sama, tapi kurang asam sikit, pas isi borang katanya tunggu 2 minggu.. (ciss 2 minggu tu)..

keesokanya.. aku follow up lagi.. aku call Public Bank.,. katanya tiada error pada sisitem ATM..., mungkin ada error kat MEPS syetems.
pehh ... mampus... betul-betul lebuh lah duit aku kali ni ...

tapi tak pe.. aku tunggu lagi,.. untuk cukupkan masa menunggu selama 2 minggu...

tanggal 7 hari jun 2009... aku pegi check balance di RHB Jln Gopeng,.. Alhamdullillah... duit aku dapat balik...
kawan aku penah kata ...
kawan aku no1, Rozely : duit tu hilang maknanya duit tu bukan duit engkau.. jangan kau mengeluh..
kawan aku no 2, Hamid : ngkau jangan risau, duit yang hilang tu duit gaji kan?.. kalau duit gaji InsyaAllah, duit tu akan dapat balik..

walauapapun... duit aku dah dapat balik... , walaubagaimanapun duit tu tak cukup 70 hengget, hilang rm1000, tapi dapat balik rm930...

apa-apa pun... Alhamdullilah.. syukur...

p/s: duit hilang memang banyak di bank... kalau hilang pastikan buat report kepada yang sepatutnya.., kalau tak buat report, duit tu akan hilang macam tu aje..

Tuesday, June 02, 2009

Tie.. dah khawin

la... dah kawin rupenya.. tahniah..,
tanggal 31 jun 2009.. tie anak Pok Cik Him telah selamat disandingkan bersama jejaka pilihannya (anak mamu) di rumah pengantin lelaki di Kubang Seman... bukit mertajam pulau pinang.
semoga berbahagian dengan pilihan..

apa2 pun.. trip ke penang ini dikategorikan sebagai cuti2 malaysia.. he..he..

Friday, May 08, 2009

Menangis...

hari ni ari jumaat... hari jumaat fatin balik awal, 12.30 tgh hari.. pakcik van akan datang ambik dia..
tut..tut..tut.. tepon aku berbunyi.., gambor bini aku keluar kat tepon.. dia cakap, fatni menangis..
aku tanya .. kenapa fatin menangis?
dia cakap.. fatin tertinggal van pakcik..., la... pakcik van tinggalkan si fatin.., kata bini aku.. ada mak kawan dia yang tepon bagi tahu.. so aku kena gi ambik si fatin..
aku start keta nak gi ambik.. nasib la.. opis ngan sekolah si fatin dekat je..
tut..tut.. tepon aku berbunyi lagi... gambar bini aku yang kuar.. katanya.. tak yah ambik fatin.. pakcik van dah pusing balik ambik si fatin..
apa punya pakcik van..
kalau ye pun.. bilang lah dulu.., anda ditugaskan , dibayarkan, diamanahkan dan diperhatikan untuk menjalankan tugas supaya ambik anak kami dengan selamat..
pas tu aku tepon bini aku..
amacam? fatin dah sampai ke? dah.. dia tengah makan nasi.. , bagi tepon tu kat dia dia.. (cakap aku..), aaa.. kenapa menangis..?
fatin cakap... kena tinggal pakcik van..
aku:apasal kena tinggal?
fatin:tadi atin gi beli air..
aku:abis?
fatin:semua orang takde..(nangis..)
aku:lain kali siap...
alhamdullilah anak aku selamat..

Monday, April 20, 2009

Karangan Fatin Zahra 1


Pada hari sabtu lepas, 18/4/2009. Masa itu saya nak tengok Kereta tuk su warna merah ok lepas itu , abah saya ajak pergi taman tetapi tidak jadi main taman sebab tidak ada parking dan selepas itu abah saya ajak pergi kfc tetapi

Tidak jadi dan selepas itu saya pergi ke Kuala Sepetang makan Mee udang tetapi saya tidak makan mee udang saya makan Satay 15cucuk tetapi 2 cucuk lagi saya tidak makan di restoran itu saya makan di dalam kereta selepas itu saya dan adik nak tidur daaaaaaah.tetapi tidak jadi dan selepas itu saya pergi tesco lama ipoh sebelum balik rumah akhirnya saya pulang ke rumah

Tamat .


Nukilan : Fatin Zahra

Sunday, April 19, 2009

Mee Udang Kuala Sepetang





Nasib baik ada hang...
kalau tak aku dah termakan mee udang yang tak original.., jauh tu... hujung dunia.. ingatkan dah silap.. rupa-rupanya memang jauh. 11 km dari simpang Taiping-Buterworth. kata si Jamil, hang berhenti kat satu stesen minyak kecik.. cari punya cari, aku terjumpa stesen minyak yang memang betul2 kecik... brand minyak pun brand 'Petrol.. sebelah stesen minyak Petrol tu ada kedai mee tu..
nak masuk simplex Taiping pun tak boleh... kita pegi ngan sang kancil.. sang kancil takde radio.. nasib baik ada Jamil-9w2vzo yang bagitau mee udang original kat Kuala Sepetang yang masuk TV tu..
mee udang tu dua harga saja, .. harga rm6.00 dan rm 1o.00 saja.


Laporan Selepas Makan :
rasa kesedapan : 5/10 ... biasa je..
servis : 3/10.
pengunjung: 10/10, ramai giler macam nak gi tengok bola..

Saturday, April 11, 2009

Kejohananan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

peh.. kamera dia.. dasyat abang Jepun ni..









alamak.. tak gol.. macam tu pun tak leh masuk.. eii.eii..








esok.. nak datang lagi...








esok semi final... tak tahu team mana... tadi pun, games Malaysia ngan New Zealand kami tengok separuh masa je.. apa tak nya.. games main kul 7.00 mlm... orang lain ready nak gi masjid, kita kat stadium hoki...
kadang2 terlupa pulak, ingatkan main kat New Zealand, rupanya main kat Tanah Melayu Malaysia...
itu lah, yang tak sesuainya.. harap-harap lepas2 ni pihak yang berwajib lebih peka dengan kehendak dan sensitiviti rakyat Tanah Melayu...

nama dia Mukhsin



ini bukan gambar Mukhsin.. tapi macam dia... takut, orang cakap bila tangkap gambar, umur dia tak panjang macam yang dulu-dulu..
tak tahu la... ini kelisa aku yang ke 3... nama dia Mukhsin... beli kat Bukit Merah Lake Town.. ingatkan dah tak nak main kelisa.. tapi ntah macam mana terbeli pulak.. tapi tak apalah.. hopefully akan panjang umur.

Tuesday, April 07, 2009

nak aktif semula....


lama betul tak update blog ni... niat aku nak update semula... maklumlah, semalam aku gi pc fair... ada barang baik.. so aku sambar je lah..
celcom broadband usb modem, rm250 aje... pas ada lucky draw... nak nasib baik... aku menang pulak lucky draw tu... hadiah dia 'tepon nokia cap ayam'... boleh lah..
so.. ni lah kali pertama aku update blog daru ghumah..
hopefully pas ni aku akan rajin update blog aku ni dari rumah aku.. aku tujukan khas blog ni untuk family aku,..
aku rakimi
wife aku azlin
anak sulong aku fatin
dan anak kecik aku raudhah..