Thursday, August 18, 2005

agenda memesongkan akidah.. CD Ayah pin

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak perlu membeli dan menonton VCD itu bukan saja kerana berunsur syirik tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Katanya, VCD itu turut memuatkan lagu yang memuja Ayah Pin yang kononnya memiliki kuasa sakti.

“Perbuatan itu salah kerana pemujaan terhadap manusia hukumnya syirik. Malah, mereka yang menganggap Ayah Pin tuhan dikategorikan sebagai syirik besar kerana memuja manusia melebihi batasan.

“Hukumnya berdosa besar dan boleh mengakibatkan seseorang itu murtad jika tidak segera insaf dan bertaubat,” katanya.

Menurutnya, umat Islam yang lemah imannya sudah tentu mudah terpengaruh dengan ajaran Ayah Pin selepas mendengar lagu dalam VCD itu.

“Mereka yang mendengar lagu itu pun boleh syirik selepas terpengaruh dengan maksudnya disebabkan menggunakan lirik serta irama yang mengasyikkan.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan usah membeli VCD Ayah Pin. Mereka yang menjualnya juga boleh jadi syirik, yang menyimpannya juga sama kerana memiliki barangan syirik,” katanya.

Harussani berkata, perbuatan menjual VCD itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam.

“Tanpa disedari VCD itu yang kononnya dijual untuk tatapan, sebenarnya alat propaganda menyebarkan ajaran Ayah Pin, bertujuan menarik pengikut baru,” katanya.
----dipetik dari Harian Metro 18 Ogos 2005----

**sesiapa yang dah beli, sila bakar api.. biar jadi abu..

No comments: