Thursday, November 25, 2004

my sad day is hari raya..

Tanggal hari raya ke dua aku balik ke kampung halaman ku.. di paka terengganu..
biasalah.. tak tahan rasa hati nak jumpa org tua, kampung halaman dan perubahan yang dialami.
tapi apa boleh aku buat, aku terapksa balik pada hari raya kedua. raya pertama dan hari2 sebelum raya aku aku terpaksa beraya di kg isteri aku..
tapi ini semua bukan perkara yang nak aku kongsikan..
seperti tajuk di atas, 'my sad day is hari raya'.. bukan aku sedih kerana bermaaf2fan dengan keluarga dan orang tua.. tapi apa yang aku sedihkan sangat adalah... mengenai kesihatan org tua aku.. aku amat sayang mereka.. tapi aku tak reti macam mana nak terjemahkan kesedihan aku.. aku tak reti menagis.. tapi hati kecil aku amat sedih sekali... ini semua disebabkan... berita yang aku dapat dari org tua aku sendiri..
'bapak aku dah kena penyakit kencing manis + darah tinggi + batu karang' hanya tuhan saja yang tahu tentang kesedihan aku..
tapi apa aku boleh buat... apa yang nampak, mata bapak aku dah makin rabun... kesian dia..
untuk memberi kefahaman tentang penyakit bapak aku tu..
aku kongsikan bersama dengan korang.. mengenai penyakit2 yang bapak aku alami tu.. smoga kita sama2 boleh mendapat sedikit maklumat.

Penyakit Kencing Manis

Pendahuluan
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

--------------------------------------------------------------------------------



Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Apakah Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Apakah tanda-tandanya?
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-


Sering dahaga dan sering perlu minum air.
Sering ketandas.
Terasa badan lemah.
Berat badan turun dengan cepat.
Penglihatan semakin kabur.
Terasa pening kepala.

Golongan berisiko tinggi.
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
Mereka yang berat badan agak tinggi
Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil

Perubatan
Perubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Melakukan senaman dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)
Ubat berbentuk pil yang dimakan.
Suntikan.
Pembedahan. (Pada masa akan datang)



Dianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan minum mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan 11% mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)

2. Ubat berbentuk pil

Ubat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. Ia sering digunakan dan sering menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis pada masa ini dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut. Oleh kerana itu, cara pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang disini. Bagaimanapun untuk semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan yang ditetapkan. Kegagalan mengikut arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah boleh membawa maut.

Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman, melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan ini juga mengelakkan keadaan di mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit perlu beralih pada suntikan insulin.

3. Suntikan

Terdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-

Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin dependant diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan suntikan insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus hidup.

Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan maksima.

Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada masa ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita merasakan berat untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang kembali tentang fahaman kita tentang penyakit kencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam darah supaya tidak timbul penyakit-penyakit lain!

4. Pembedahan

Pembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar pankreas telah berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada manusia mungkin membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya

stakat ini dulu yang aku dapat cari dan berkogsi dengan korang.
aku tak ada gambar Paka, tapi aku sertakan juga gambar anak aku kat 'pantai paka aje'.








No comments: