Tuesday, December 19, 2006

bonus oh bonus...

semalam kami kakitangan awam mendapat bonus kali yang kedua..
bonus yang pertama dah abis dan tak nampak lagi.. hilang dek raya yang penuh dengan hawa nafsu..
bonus kali ni.. pun nampak gayanya akan hilang juga.. mana tak nya.. belum dapat bonus.. roadtax keta pulak mampus.. roadax + insuran pun dah cecah hampir seribu.. so berapa duit bonus yang tinggal.. nampak gaya bonus ni pun tak nampak jugak lah..
ingatkan nak buat owning rumah.. nampaknya tak dapat lah..

kat paper harian metro semalam (ruangan bisnes18 dis 2006) cerita dia macam gini..

Unjur pulangan RM10j setahun

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

INTEGRATED Vest (M) Sdn Bhd (Integrated Vest), syarikat Bumiputera yang memenangi Anugerah Kontraktor Cemerlang Jabatan Kerja Raya (JKR) 2006 yakin mencatatkan pulangan sekurang-kurangnya RM10 juta setahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Zulkiernien Hashim, berkata sasaran itu dijangka dicapai melalui beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan dan bakal siap menjelang pertengahan 2007 serta menerusi tender yang bakal dibida di seluruh negara.

Antara projek sedang dilaksanakan bangunan pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang yang dijangka siap April depan.

“Pada masa sama, kami turut membida beberapa tender pembinaan untuk dilaksanakan Integrated Vest pada tahun depan, yang dijangka mampu menjana perolehan RM10 juta setahun kepada syarikat sekiranya berjaya.

“Malah, keyakinan itu turut disumbang hasil pertumbuhan industri pembinaan yang dijangka kukuh tahun depan berikutan rancangan kerajaan melancarkan pelbagai projek baru,” katanya.

Beliau berkata, antara projek yang sudah disiapkan syarikatnya adalah pembinaan Balai Cerap Negara di Empangan Bukit Malut, Langkawi, Kedah dan mengubah suai Dewan Sivik untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 2005.

Syarikat sudah menyiapkan projek mereka bentuk dan membina tiga jambatan serta jalan tuju di Kampung Sungai Tiram dan Lekir di Manjung, Perak serta kerja menaiktaraf dan penambahan Masjid An-Nur di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.

Katanya, bagi memastikan syarikat mampu bersaing, mereka perlu mempunyai semangat daya saing, pengetahuan, berusaha keras dan paling penting komited dengan kerja yang dihasilkan supaya semua pihak berpuas hati.

“Bagi kami, pembinaan yang berkualiti menjanjikan keyakinan kepada pelanggan, justeru kami sentiasa memastikan setiap projek yang dikendalikan menepati piawaian yang dikehendaki pelanggan.

“Malah, kami sentiasa meneliti dan memantau kerja pembinaan supaya menepati permintaan pelanggan,” katanya...



bergitulah ceritanya.. apa kaitanya?
org tu bos bini aku.. harap2 bini aku dapat bonus tahun ni..
amin..

No comments: