Monday, October 01, 2007

lamanya tak gi kl








mak oi.. lamanya aku tak gi jalan2 dan shoping di sekitar kl tu..

last aku jalan kat k.l pada tahun 1993.

yang lain cuma aku pergi atas dasar tugas dan kerja. maklumlah time kita bertugas, kita cuma buat keje, abis keje balik hotel. dari hotel pun org akan datang ambik.. so mana nak tahu sekitar k.l..

balik dari k.l, aku terus buat karamel.

Monday, September 03, 2007

merdeka field day



ramai rakan-rakan yang datang menolong untuk set up 'merdeka field day' di perkarangan Ungku Omar Polytechnic.

alhamdullilah.. tahun ini rakyat malaysia menyambut kemerdekaan negara yang ke 50 tahun.

tapi aku pun tak berapa pasti dengan angka 50 itu. adakah dengan angka 50 tahun itu, kita sudah matang seperti angka 50 yang matang itu..

tanya-tanyalah pada diri masing-masing.
tahun ni aku sambut merdeka lain sikit, dairi merdeka aku diselit dengan hobi yang aku sayangi.. apa lagi kalau tak, amateur radio.

merdeka field day, bertujuan men war - war kan tentang kemerdekaan kita yang ke 50 tahun ke serata dunia dengan menggunakan HF radio.

terpegun juga aku melihat radio set HF yang digunakan pada hari itu. teringin juga hendak memilikinya, tapi apakan daya, harganya mencecah 4 ekor lembu kelas A.

Apa yang terdaya aku hanya berjaya setup satu base station aku..

pesawat = icom ic2200h

anntena = slim jim

ketinggian anttena = 25 kaki dari aras bumi.





Friday, July 20, 2007

hobi baru - amateur radio







ini radio pertama aku...



tapi nasib tak baik.. aku terbeli uhf frekuensi.



tapi takpe, kat ipoh dah mula guna uhf.


aku dah ada pesawat baru icom ic2200h..

p/s: maap lah kat rakan yang masih setia memantau.. aku sekarang ni .. sudah ke udara, .. macam tu di infokan..


very powerfull..


anntena aku gunakan slim jim dengan ketinggian 25 kaki dari aras bumi sahaja.


aku dah mula set up.. base station aku kat bilik tido..













Sunday, May 13, 2007

selamat hari ibu

slamat hari ibu?
mungkin pertanyaan itu akan muncul dari ibu aku kepada aku..
sebenarnya aku tak pernah mengucapkan hari ibu atau hari lahir kepada mak aku..
itulah kenyataanya..
mungkin mak aku akan terkejut jika aku melafazkan perkataan tu..
bukan aku tak sayang ibu aku.. malah aku terlalu sayang dan hormatkan org tua aku..
tapi mungkin kerana aku tak biasa dgn ucapan2 yang hanya mengikut hari atau bulan2 tertentu..
slamat hari ibu, hanya disediakan 1 hari sahaja setahun.. dan dalam masa 1 hari semua orang akan mengucapkan hari ibu dan meluahkan rasa sayang pada ibu masing2..
ntahlah siapa yang reka hari ibu aku pun tak tahu..
tapi yang nyata.. perasaan sayang dan perbuatan sayang pada ibu perlu ada pada setiap detik... dan bukan pada hari2 tertentu sahaja.

apa2 pun selamat hari-hari ibu buat
ibu kepada aku pn halijah
ibu kepada anak2 aku azlin
ibu kepada isteri aku pun zaiton
..
selamat hari-hari ibu..

p/s : selamat hari-hari ibu.. boleh digunakan sepanjang tahun..